Tarikh : 7 Februari 2020

Hari : Jumaat

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi :  PI Taman Rishah Permai, Buntong

Peserta : 2 Orang

Tujuan : Membantu ahli komuniti yang merupakan pelajar sekolah untuk menyiapkan kerja kursus mereka dengan menggunakan perisian Microsoft Office, iaitu Microsoft Powerpoint untuk pembentangan nanti.

Aktiviti : Menggunakan komputer di bilik latihan Pusat Internet Taman Rishah Permai, petugas mengajar kedua pelajar yang hadir ke kelas pada petang ini selama dua jam. Ahli komuniti menggunakan segala apa yang ditunjukkan kepada mereka.

Gambar Aktiviti

 

Tarikh : 6 Februari 2020

Hari : Khamis

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi :  PI Taman Rishah Permai, Buntong

Peserta : 1 Orang

Tujuan : Kelas ini diadakan atas permintaan ahli komuniti yang ingin belajar bagaimana cara untuk memuat naik gambar daripada komputer ke telefon pintar untuk digunakan di aplikasi Telegram.

Aktiviti : Menggunakan komputer riba peribadi ahli komuniti, petugas membantu dengan mengajar bagaimana cara untuk memuat naik data ke telefon pintar. Ahli kemudian mempelajari lebih mendalam mengenai ICT komputer dan telefon pintar bersama petugas.

Gambar Aktiviti

Tarikh : 1 Februari 2020

Hari : Sabtu

Masa : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi :  PI Taman Rishah Permai, Buntong

Peserta : 2 Orang

Tujuan : Membantu ahli komuniti untuk mendalami subjek matematik dengan lebih mendalam dengan membuat latih tubi secara online menggunakan komputer di Pusat Internet.

Aktiviti : Kelas ini merupakan sebagai salah satu cara dari pihak petugas dalam membantu adik-adik komuniti untuk mempelajari subjek matematik dengan memberi latihan kepada mereka. Menggunakan website Math Playground, kaedah pembelajaran menjadi lebih menarik dan terdapat pelbagai kesan-kesan khas seperti gambar dan bunyi yang dihasilkan sekiranya soalan yang dijawab betul. Kelas ini berlangsung selama dua jam.

Gambar Aktiviti

 

Tarikh : 1 Februari 2020

Hari : Sabtu

Masa : 4.00 petang - 6.00 petang

Lokasi :  PI Taman Rishah Permai, Buntong

Peserta : 2 Orang

Tujuan : Kelas suntingan imej ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli komuniti bagaimana cara untuk menyunting gambar atau imej menggunakan aplikasi yang berkenaan atau untuk menambah kesan khas kepada gambar tersebut.

Aktiviti : Menggunakan gambar yang ingin disunting, ahli komuniti ditunjukkan cara bagaimana untuk menggunakan aplikasi yang terdapat secara percuma dan online. Masing-masing menyunting dengan penuh tekun mengikut langkah-langkah yang ditunjukkan oleh petugas. Hasil gambar yang telah siap disunting kemudian di masukkan ke dalam telefon pintar masing-maisng.

Gambar Aktiviti

Tarikh : 31 Januari 2020

Hari : Jumaat

Masa : 10.00 pg - 12.00 t/hari

Lokasi :  PI Taman Rishah Permai, Buntong

Peserta : 2 Orang

Tujuan : Melatih ahli komuniti untuk mencari dan menghafal ejaan dengan lebih pantas. Laman sesawang eLearning Word Search ini banyak membantu kerana mempunyai tahap kesukaran yang berbeza dan bersesuaian dengan umur ahli komuniti.

Aktiviti : Kelas ini dihadiri seramai dua orang pelajar yang merupakan ahli komuniti setempat. Masing-masing ingin meluangkan masa lapang dengan berfaedah dan mencuba Word Search secara online. Kelas ini berlangsung selama dua jam.

Gambar Aktiviti