Ipoh mendapat status bandar raya pada 27 Mei 1988, oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah. Ia terbahagi dua oleh Sungai Kinta kepada Bandar Baru Ipoh dan Bandar Lama Ipoh. Kini, "Ipoh" telah berada di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh atau Dewan Bandaraya Ipoh, di mana ia telah pun menyerap masuk pekan-pekan kecil yang berada disekitar bandar seperti Chemor, Jelapang, Falim, Menglembu, Tambun dan Tanjung Rambutan ke dalam wilayah Bandaraya Ipoh.

Penduduk di Ipoh adalah terdiri daripada majoriti kaum Cina. Dialek Cina Kantonis adalah bahasa pengantar orang-orang Cina di sini walaupun terdiri daripada kebanyakan kumpulan dialek Cina Hakka, dan Cina Kantonis. Kebanyakan penduduk di Ipoh bertumpu di Menglembu, Buntong, Tasek, Ampang, Bercham serta Pasir Puteh menjadikan keluasan bandaraya Ipoh menjadi semakin besar jika diambil kira pekan-pekan yang terdapat di sekitar pinggir Bandaraya Ipoh.

Kumpulan Etnik di Ipoh, 2007 :

Cina = 451,361 bersamaan dengan 70.3%
Melayu = 109,616 bersamaan dengan 16.7%
India = 80,600 bersamaan dengan 12.5%
Lain-lain = 3225 bersamaan dengan 0.5%

Kawasan :
Buntong

Parlimen :
Ipoh Barat

Ahli Dewan Undangan Negeri Perak :

images

YB Sivasubramaniam A/L AthiNarayanan
589, Jalan Guntong, 
Buntong,
31100 Ipoh, Perak.
Tel : 05 - 2540 543
Fax : 05 - 2533 734


Peta Daerah Ipoh Barat :

peta-ipoh