sepat-sandal-wanita-selamat-datang

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pusat Internet Komuniti (PiK) Taman Rishah Permai,  Ipoh, Perak Darul Ridzuan telah mula beroperasi pada 15 Oktober 2015. Pusat Internet Komuniti ini merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) Berhad, MSD Digital Intelligence Sdn Bhd dan Kerajaan Negeri.

PiK Taman Rishah Permai berada di bawah Mukim Ulu Kinta - LAHAT. Statistik penduduk seramai 30,694 orang dengan keluasan 9,842 hektar. Terdapat pelbagai etnik di sekitar kawasan Pusat Internet Komuniti.

PiK adalah antara projek yang terawal di bawah inisiatif  Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di mana PiK yang pertama telah dibina pada tahun 2007. Projek ini telah membawa impak sosial dan juga ekonomi kepada masyarakat. Dilengkapkan dengan komputer meja serta perkakasannya beserta dengan capaian internet jalur lebar, PiK juga menawarkan peluang-peluang latihan berkaitan ICT yang dikendalikan oleh dua orang penyelia sepenuh masa di PI1M tersebut.

 

Objektif Utama :

i.   Menyediakan capaian komunikasi kepada kumpulan & individu di kawasan kurang liputan

ii.  Meningkatkan penggunaan ICT di kalangan komuniti ke arah pembangunan sosio ekonomi masyarakat

     setempat

iii. Merapatkan jurang digital

 

Kemudahan :

  • Capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi
  • Perkhidmatan Kampung Tanpa Wayar  bagi setiap pencawang bagi bagi capaian penduduk sekitar dalam 2 kilometer.
  • Kemudahan 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan fotostat dan mesin pencetak dan pengimbas.
  • Program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan akan diuruskan oleh pengurus dan penolong pengurus.

 

Keahlian :

  • Keahlian terbuka pada semua penduduk tempatan
  • Untuk menjadi ahli hanya RM5.00 seumur hidup
  • Jika ahli tidak aktif lebih dari setahun, keahlian akan dibatalkan
  • Setiap ahli akan mendapat kad keahlian dan tidak boleh ditukar milik
  • Ahli mendapat keistimewaan dari segi latihan dan bayaran penggunaan
  • Ahli baru akan mendapat internet percuma selama 90 jam

 

Petugas-Petugas di PUSAT INTERNET KOMUNITI TAMAN RISHAH PERMAI, IPOH

1.Pengurus

Nama : Nor Solehah Binti Abdul Hamed
 
2.Penolong Pengurus
 

Nama  :  Amirah Syairah