Mee Daud Mat Jasak

Restoran Daud Mat Jasak merupakan penyaji mee kari yang dikatakan terbaik di Ipoh malahan pengunjung dari luar sanggup menempuh kesesakan lalulintas Ipoh untuk mencari restoran ini. Semata mata hanya untuk merasa mee kari ini. dengan komponen-komponen mee kari yang lengkap seperti fishball, tauhu serta kuahnya yang pekat dan berlemak, sesiapa saja pasti mudah tertawan dengan rasanya. Restoran ini terletak di tengah bandaraya Ipoh berdekatan dengan UTC Ipoh. 

 

 IMG 5102  LC2 0684

 

Ipoh Famous Ais Kepal (Bits & Bobs)

Ipoh Famous Ais Kepal terletak di Old Town Ipoh berhampiran dengan Plan B Ipoh (restoran). Bagi peminat ais kepal, anda seharusnya mencuba ais kepal di Bits & Bobs ini. Didatangi dengan pelbagai perisa yang dikenali sebagai :

NishiBomb = Sarsi + Asam
JineeBee = Rosella + Lychee
Ning Nong = Gula Melaka + Lychee
BusyBee = Mixture of Sarsi + Rosella + Lychee

Harga bagi sebiji ais kepal hanya RM3.00 sahaja. Murah bukan ? Marilah mencuba !

 

  DSC00319-1024x682  IMG 2910