Nama: Muhammad Zulaqimie Bin Zulkefli

Umur: 17 Tahun

Ahli: 2018

Latar Belakang 

Adik Zulaqimie berumur 17 tahun dan bersekolah di SMK Sungai Pari Ipoh dan merupakan ahli aktif di Pusat Internet Taman Rishah Permai, Buntong. Hampir 2 tahun lebih menjadi ahli aktif di Pusat Internet Taman Rishah Permai, Buntong pencapaian prestasinya dalam penggunaan ICT sangat baik. Ini kerana adik Zulaqimie sangat rajin menghadiri kelas dan aktiviti yang dijalankan pada setiap minggu bersama rakannnya dan dia juga seorang pelajar yang suka bertanya. Bukan itu sahaja, Adik Zulaqimie juga meminta bantuan dari petugas PI untuk mengadakan kelas-kelas pembelajaran seperti E-Learning supaya dapat meningkatkan lagi tahap pengetahuannya dalam pembelajaran. Setiap minggu adik Zulaqimie akan meminta petugas membuat tayangan video Bahasa Inggeris bagi meningkatkan pengetahuannya dalam penggunaan Bahasa Inggeris. Selain itu juga, dia mendapatkan bantuan daripada petugas untuk membantu mereka mencari maklumat tentang tugasan sekolah yang diperlukan.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Adik Zulaqimie bukanlah seorang yang celik ICT sebelum mendaftarkan dirinya sebagai ahli PI Taman Rishah Permai, Buntong.Tahap ICT sangat lemah dan memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada petugas. Hanya disekolah sahaja adik Zulaqimie dapat menggunakan fasiliti seperti komputer dan Microsoft Office, tetapi agak terhad kerana disekolah tidak mempunyai kelengkapan yang cukup untuk semua pelajar. PI merupakan salah satu medium yang terbaik buat pelajar-pelajar seperti adik Zulaqimie kerana mereka dapat menggunakan kemudahan yang disediakan dengan penuh manfaat. Sebelum ini adik Zulaqimie banyak menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah misalnya melepak bersama rakan-rakan selepas habis sekolah dan bermain game . PI telah merangka dan melaksanakan pertandingan “Reward Attendence” kepada ahli yang menyertai aktiviti/ kelas yang dijalankan di Pusat Internet. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sentiasa mendapat sambutan yang sangat baik daripada mereka terutamanya adik Zulaqimie kerana setiap aktiviti yang disertai akan memperoleh point untuk dikumpulkan sehingga akhir bulan. Dan ganjaran akan diberikan kepada pengguna yang mempunyai point yang tertinggi.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Penglibatannya sebagai ahli PI sangat aktif. Adik Zulaqimie tidak ketinggalan untuk menyertai setiap aktiviti yang dijalankan. Ini kerana dia dapat mempelajari banyak perkara dan ilmu baru. Dia akan mengajak rakan-rakannya yang lain untuk menyertai kelas-kelas yang dijalankan. Kini tahap kemahiran ICT semakin meningkat. Adik Zulaqimie boleh menggunakan aplikasi microsoft office dengan baik antaranya menulis surat, membuat risalah dan poster, dan bermacam-macam lagi. Dia juga sangat rajin membuat latihan untuk meningkatkan pengetahuan ICT, misalnya mempraktikkan kembali apa yang telah dibelajar didalam kelas. Sikapnya yang suka belajar menjadi contoh kepada pelajar-pelajar yang lain.

     

Adik Zulaqimie

 


Usahawan Perniagaan Tanaman Hidroponik

Nama: Syed Azmal B. Syed Yeop

Umur: 59 Tahun

Ahli: 2019

Latar Belakang 

Hidroponik ialah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon kedalam air baja tanpa menggunakan tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain mengantikan tanah. Penanaman secara hidroponik dilakukan oleh individu sebagai hobi dan juga penjualan secara komersil. Tujuan Puan Lamsah menyertai seminar Hidroponik yang dijalankan di Pusat Internet Taman Rishah Permai, Buntong pada September lalu adalah bertujuan untuk menjalankan perniagaan tanaman secara hidroponik. Pada pandangan beliau, tanaman hidroponik dapat memberikan keuntungan kepada beliau kerana tanaman hidroponik ini tidak memerlukan baja dan hanya perlu menetapkan kuantiti air yang betul. Tambahan pula, beliau tidak mempunyai tanah yang luas dan hanya bercadang untuk menanam dikawasa sekitar rumahnya kerana tanaman ini tidak memerlukan tanah sebagai medium utama. Bukan itu sahaja, tanaman ini boleh dimakan keseluruhannya kerana akarnya bebas dari kotoran dan bakteria berpenyakit. Antara lainnya ialah tanaman ini susah untuk mendapatkan penyakit atau rosak kerana ianya tidak berada didalam tanah dan pengusaha yang menjalankan perniagaan ini tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk tugas menyiram atau membaja.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Encik Syed adalah seorang guru dan sekarang sudah bersara. Fokus utamanya ialah untuk menjalankan tanaman Hidroponik disekitar kawasan rumahnya bagi mengisi masa terluang. Bukan itu sahaja, tujuan utama beliau menyertai seminar Hidroponik ialah untuk meningkatkan pengetahuannya dalam perniagaan Hidroponik. Pada pandangan beliau, tanaman hidroponik semakin mendapat permintaan tinggi kerana sayur-sayuran yang dihasilkan adalah organik dan tidak mempunyai bahan kimia. Kos penanaman sayur-sayuran tidaklah begitu tinggi dan tidak memerlukan modal yang banyak. Sebelum menyertai kursus, beliau cuba menanam sayur-sayuran hijau seperti Sawi dan bayam. Tanaman yang ditanam menunjukkan hasil yang baik dan menaikkan semangat Encik Syed untuk menjalankan perniagaan sayuran Hidroponik secara kecil-kecilan.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas menyertai kursus seminar hidroponik di PI beliau turut meminta tunjuk ajar daripada petugas untuk membantu beliau membuat Facebook bagi memudahkan urusan beliau untuk mendapatkan maklumat kursus-kursus hidroponik di media sosial. Bukan itu sahaja, beliau turut mempelajari bagaimana untuk mencari maklumat-maklumat tentang tanaman hidroponik di internet misalnya video-video berkaitan tanaman hidroponik. Buat masa ini beliau ingin fokus untuk tanamannya dan setelah dikomersilkan dan mendapat permintaan ramai, beliau bercadang untuk menyertai kelas Asas Microsoft Office untuk mempelajari asas membuat perbelanjaan dan pendapatan bagi perniagaannya.

     

Encik Syed

 


Nama: Danial Aiman Bin Sharul Anuar

Umur: 15 Tahun

Ahli: 2019

Latar Belakang 

Adik Danial berumur 15 tahun dan bersekolah di SMK Sungai Pari Ipoh dan merupakan ahli aktif di Pusat Internet Taman Rishah Permai, Buntong. Hampir 2 tahun lebih menjadi ahli aktif di Pusat Internet Taman Rishah Permai, Buntong pencapaian prestasinya dalam penggunaan ICT sangat baik. Ini kerana adik Danial sangat rajin menghadiri kelas dan aktiviti yang dijalankan pada setiap minggu bersama rakannnya dan dia juga seorang pelajar yang suka bertanya. Bukan itu sahaja, Adik Danial juga meminta bantuan dari petugas PI untuk mengadakan kelas-kelas pembelajaran seperti E-Learning supaya dapat meningkatkan lagi tahap pengetahuannya dalam pembelajaran. Setiap minggu adik Danial akan meminta petugas membuat tayangan video Bahasa Inggeris bagi meningkatkan pengetahuannya dalam penggunaan Bahasa Inggeris. Selain itu juga, dia mendapatkan bantuan daripada petugas untuk membantu mereka mencari maklumat tentang tugasan sekolah yang diperlukan.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Adik Danial bukanlah seorang yang celik ICT sebelum mendaftarkan dirinya sebagai ahli PI Taman Rishah Permai, Buntong.Tahap ICT sangat lemah dan memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada petugas. Hanya disekolah sahaja adik Danial dapat menggunakan fasiliti seperti komputer dan Microsoft Office, tetapi agak terhad kerana disekolah tidak mempunyai kelengkapan yang cukup untuk semua pelajar. PI merupakan salah satu medium yang terbaik buat pelajar-pelajar seperti adik Danial kerana mereka dapat menggunakan kemudahan yang disediakan dengan penuh manfaat. Sebelum ini adik Danial banyak menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah misalnya melepak bersama rakan-rakan selepas habis sekolah dan bermain game . PI telah merangka dan melaksanakan pertandingan “Reward Attendence” kepada ahli yang menyertai aktiviti/ kelas yang dijalankan di Pusat Internet. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sentiasa mendapat sambutan yang sangat baik daripada mereka terutamanya adik Danial kerana setiap aktiviti yang disertai akan memperoleh point untuk dikumpulkan sehingga akhir bulan. Dan ganjaran akan diberikan kepada pengguna yang mempunyai point yang tertinggi.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Penglibatannya sebagai ahli PI sangat aktif. Adik Danial tidak ketinggalan untuk menyertai setiap aktiviti yang dijalankan. Ini kerana dia dapat mempelajari banyak perkara dan ilmu baru. Dia akan mengajak rakan-rakannya yang lain untuk menyertai kelas-kelas yang dijalankan. Kini tahap kemahiran ICT semakin meningkat. Adik Danial boleh menggunakan aplikasi microsoft office dengan baik antaranya menulis surat, membuat risalah dan poster, dan bermacam-macam lagi. Dia juga sangat rajin membuat latihan untuk meningkatkan pengetahuan ICT, misalnya mempraktikkan kembali apa yang telah dibelajar didalam kelas. Sikapnya yang suka belajar menjadi contoh kepada pelajar-pelajar yang lain.

     

Adik Danial


Usahawan Part-time Tutor

Nama: Nor Solehah Binti Abdul Hamed

Umur: 29 Tahun

Ahli: 2016

Latar Belakang 

Semakin ramai ibu bapa percaya bahawa tuisyen adalah satu medium berkesan untuk membantu anak-anak mereka cemerlang dalam bidang akademik. Tuisyen telah menjadi satu keperluan yang penting bagi para pelajar untuk lebih maju dalam bidang akademik. Sehubungan dengan itu, peningkatan dalam permintaan tutor tuisyen sebenarnya seiring dengan peningkatan pelajar di sekolah dan hal ini sebenarnya memberi peluang kepada lebih ramai lagi tutor-tutor diluar sana untuk menceburi bidang yang mempunyai potensi besar ini. Selain itu, terlalu ramai pelajar dalam sesebuah kelas menyebabkan agak sukar bagi guru-guru memberi tumpuan yang spesifik bagi setiap pelajarnya. Terdapat banyak kelebihan apabila menjadi seorang tutor antaranya ialah membantu dalam mengasah kemahiran komunikasi, meningkatkan kesabaran dan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan. Kebiasaanya tutor akan mengajar seorang pelajar dan tidak lebih daripada lima orang supaya hasil pembelajaran yang diajar berkualiti dan pelajar dapat memahami dengan jelas apa yang dipelajari. Seorang tutor perlu memillih subjek yang ingin diajar terlebih dahulu agar memudahkan sesi pembelajaran dan lebih berkeyakinan. Seorang tutor perlu teliti dalam membuat rujukan dan semakan buku terkini untuk mengingati semula apa yang telah dipelajari. Walaupun hari ini, terdapat pelbagai kemudahan yang selesa dari segi bilik darjah, guru-guru lebih mahir, dan juga alat seperti bahan bercetak, hakikatnya bahawa terdapat lebih banyak tekanan keatas bahu para pelajar. Inilah sebabnya ibu bapa memerlukan khidmat tutor untuk membantu dan memberi tunjuk ajar kepada anak mereka.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum bekerja sebagai petugas PI, Cik Solehah membuka Home Tuisyen sendiri di rumah dan mengajar pelajar yang tinggal berdekatan dirumahnya. Semasa mengajar tuisyen dari rumah secara sepenuh masa, banyak masa dihabiskan dengan mencari bahan-bahan rujukan bagi membantu dalam sesi pembelajaran dan meningkatkan ilmu pengetahuannya untuk mengajar. Tambahan pula, dsebabkan kekangan masa dan sibuk dengan urusan lain, masa untuk mencari bahan-bahan ilmiah sangat terbatas. Ini memberi kesukaran kepada beliau sebagai pendidik untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan matapelajaran yang diajar. Bukan itu sahaja, bahan bantu mengajar seperti contoh soalan peperiksaan dan soalan-soalan latihan tidak dapat diberikan kepada pelajar kerana terhad. Disebabkan kekangan masa untuk ke kedai buku, memberikan kesukaran kepada beliau sebagai guru untuk membantu pelajar-pelajarnya meningkatkan prestasi pencapaian mereka dalam peperiksaan.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas menjadi petugas PI, Cik Solehah hanya memberikan perkhidmatan tutor secara part-time sahaja. Masa yang diambil untuk mengajar adalah pada waktu malam iaitu dari jam 8.00 pm hingga 10.00 pm supaya tidak menganggu masa bekerja di PI. Apabila menjadi petugas PI, Cik Solehah mempunyai masa untuk mencari bahan bantuan mengajar secara atas talian dan mengunakan perkhidmatan PI dengan sebaik mungkin untuk mencetak dan fotokopi soalan-soalan peperiksaan. Cik Solehah tidak perlu pergi ke kedai Fotokopi dan printer untuk mencetak bahan mengajar dan ini memudahkan serta menjimatkan masa Cik Solehah. Pi juga memperkenalkan pembelajaran secara E-Learning dan cara ini dapat digunakan oleh Cik Solehah untuk mengajar pelajar-pelajarnya sebagai salah satu kaedah pembelajaran yang baru. Kebanyakan pelajar dan ibu bapa sangat tertarik dengan kaedah E-Learning yang dijalankan dengan menggunakan aplikasi Kahoot terutamanya. Pelajar tidak bosan dan dapat memberikan fokus yang baik didalam kelas serta prestasi pembelajaran mereka semakin meningkat kerana mereka berasa seronok untuk belajar.

     

Cik Solehah

 


Usahawan Part Time Freelancer Grafik Design

Nama: Jeiprahasama Anthony

Umur: 42 Tahun

Ahli: 2019

Latar Belakang 

Encik Jeiprahasama bertugas sebagai Pengurus Kesihatan dan Keselamatan secara sepenuh masa. Minatnya dalam rekaan grafik mendorongnya untuk berjinak-jinak sebagai freelance secara separuh masa. Beliau menyertai pelbagai kursus bagi meningkatkan kemahirannya editingnya. Baru-baru ini beliau turut serta dalam kursus pemasaran mempelajari membuat laman website bagi mengiklankan poster-poster yang dihasilkan. Bidang rekaan grafik di Malaysia sebenarnya tidak asing lagi kerana kebanyakkan syarikat telah menggunakan khidmat pereka gragik dalam menghasilkan bahan pemasaran dan juga penjenamaan mereka. Tugas dan fungsi seseorang pereka grafik itu luar kerana semua rekaan pastinya melalui proses penghasilnya. Pereka grafik akan bertanggungjawab dalam kelancaran perjalanan proses rekaan mengikut kehendak pelanggan mereka.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Bagi menarik perhatian pelanggan untuk mengupahnya membuat rekaan bagi poster atau iklan-iklan untuk produk mereka, Encik Jeiprahasama mempelajari selok belok pemasaran dengan menyertai kursus-kursus yang dianjurkan oleh beberapa persatuan Usahawan. Sebelum menyertai kursus beliau mempelajari selok belok rekaan grafik sendiri dengan menonton youtube. Encik Jeiprahasama banyak menyertai kursus-kursus berkaitan keusahawan kerana beliau masih kurang mahir dalam bidang tersebut. Bidang ICT merupakan kepakaran beliau dalam menjalankan perniagaan. Beliau yakin mampu menguruskan diri dalam bidang ICT tetapi kemahiran beliau dalam pemasaran agak lemah. Oleh itu, beliau banyak menyertai kursus-kursus berkaitan keusahawanan. walaupun masih tidak mempunyai kesempatan untuk menghadiri kelas-kelas yang dijalankan di Pusat Internet, beliau sering mendapatkan bantuan daripada petugas misalnya bertukar-tukar pandangan tentang latihan keusahawanan yang boleh dihadiri.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Media Sosial dalam perniagaan sangat penting pada masa sekarang. Ini kerana produk-produk yang dipromosikan melalui media sosial dapat meningkatkan jualan secara serta merta. Encik Jeiprahasama menggunakan teknologi sepenuhnya dalam perniagaannya untuk menghasilkan design bagi produk pelanggannya. Beliau perlu menggunakan pelbagai jenis Software antaranya Adobe Photoshotp dan banyak lagi. Kepakaranya dalam bidang ICT membantu beliau dalam perniagaan freeelance antara kemahirannya ialah merekacipta design-design yang menarik, menggunakan pelbagai aplikasi software, mahir dalam facebook Ads dan Instagram dan lain-lain lagi. Walaupun baru mendaftarkan diri sebagai ahli Pusat Internet Taman Rishah Permai kerana kekangan masa, Encik Jeiprahasama dan petugas sering bertukar pandangan dan petugas akan memberikan bantuan sekiranya diperlukan. Pusat Internet menunggu masa yang sesuai untuk Encik Jeiprahasama hadir ke Pusat Internet bagi berkongsi pengalaman dan selok belok perniagaan yang diceburi beliau.

     

Encik Jeiprahasama