Bukit Kledang

Bukit Kledang terletak di Kledang Ipoh, berhampiran dengan Pusat Internet 1 Malaysia Taman Rishah Permai. Ketinggian Bukit ini adalah setinggi 800 meter iaitu 2640 kaki. Keistimewaan Bukit Kledang ini adalah terdapat anak sungai kecil yang bersih dan jernih, di puncak Bukit anda akan dapat melihat pemandangan keseluruhan Ipoh, terdapat pelbagai laluan untuk mandaki, berbasikal dan juga berjalan mengikut kesesuaian pengguna. terdapat juga Taman Bunga di atas Bukit Kledang ini dimana ianya dijaga rapi dan sentiasa kelihatan menarik bagi pengunjung untuk menikmati pemandangan indah di atas bukit. 

BUKIT KLEDANG

 

Stesen Keretapi Ipoh

Stesen keretapi Ipoh yang kedua telah dibina pada tahun 1917 bagi menggantikan stesen lama dan iainya dibina bersama hotel yang mempunyai unsur-unsur senibina klasik dengan gaya British 'Raj' dilengkapi dengan kubah dan menara kecil gaya Moorish sehingga ada yang menggelarkannya Taj Mahal Ipoh, dan ianya bernama Majestic Hotel.

Majestic hotel merupakan hotel mewah dimana ianya turut menyediakan restoran dan bar, terdapat 17 buah bilik yang mempunyai akses kepada serambi di tingkat dua. kemudian hotel ini dinaiktaraf dengan menambah bilangan bilik kepada 21 buah bilik pada tahun 1936. 

fPu3Bo5