Usahawan Perniagaan Tanaman Hidroponik

Nama: Lamsah Binti Ibrahim

Umur: 55 Tahun

Ahli: 2019

Latar Belakang 

Hidroponik ialah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon kedalam air baja tanpa menggunakan tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain mengantikan tanah. Penanaman secara hidroponik dilakukan oleh individu sebagai hobi dan juga penjualan secara komersil. Tujuan Puan Lamsah menyertai seminar Hidroponik yang dijalankan di Pusat Internet Taman Rishah Permai, Buntong pada September lalu adalah bertujuan untuk menjalankan perniagaan tanaman secara hidroponik. Pada pandangan beliau, tanaman hidroponik dapat memberikan keuntungan kepada beliau kerana tanaman hidroponik ini tidak memerlukan baja dan hanya perlu menetapkan kuantiti air yang betul. Tambahan pula, beliau tidak mempunyai tanah yang luas dan hanya bercadang untuk menanam dikawasa sekitar rumahnya kerana tanaman ini tidak memerlukan tanah sebagai medium utama. Bukan itu sahaja, tanaman ini boleh dimakan keseluruhannya kerana akarnya bebas dari kotoran dan bakteria berpenyakit. Antara lainnya ialah tanaman ini susah untuk mendapatkan penyakit atau rosak kerana ianya tidak berada didalam tanah dan pengusaha yang menjalankan perniagaan ini tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk tugasa menyiram atau membaja.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Puan Lamsah adalah seorang guru dan sekarang sudah bersara. Fokus utamanya ialah untuk menjalankan tanaman Hidroponik disekitar kawasan rumahnya bagi mengisi masa terluang. Bukan itu sahaja, tujuan utama beliau menyertai seminar Hidroponik ialah untuk meningkatkan pengetahuannya dalam perniagaan Hidroponik. Pada pandangan beliau, tanaman hidroponik semakin mendapat permintaan tinggi kerana sayur-sayuran yang dihasilkan adalah organik dan tidak mempunyai bahan kimia. Kos penanaman sayur-sayuran tidaklah begitu tinggi dan tidak memerlukan modal yang banyak. Sebelum menyertai kursus, beliau cuba menanam sayur-sayuran hijau seperti Sawi dan bayam. Tanaman yang ditanam menunjukkan hasil yang baik dan menaikkan semangat puan Lamsah untuk menjalankan perniagaan sayuran Hidroponik secara kecil-kecilan.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas menyertai kursus seminar hidroponik di PI beliau turut meminta tunjuk ajar daripada petugas untuk membantu beliau membuat Facebook bagi memudahkan urusan beliau untuk mendapatkan maklumat kursus-kursus hidroponik di media sosial. Bukan itu sahaja, beliau turut mempelajari bagaimana untuk mencari maklumat-maklumat tentang tanaman hidroponik di internet misalnya video-video berkaitan tanaman hidroponik. Buat masa ini beliau ingin fokus untuk tanamannya dan setelah dikomersilkan dan mendapat permintaan ramai, beliau bercadang untuk menyertai kelas Asas Microsoft Office untuk mempelajari asas membuat perbelanjaan dan pendapatan bagi perniagaannya.

     

Puan Lamsah


Nama: Muhammad Danish Iqbal

Umur: 15 Tahun

Ahli: 2019

Latar Belakang 

Adik Iqbal berumur 15 tahun dan bersekolah di SMK Sungai Pari Ipoh dan merupakan ahli aktif di Pusat Internet Taman Rishah Permai, Buntong. Pencapaian prestasinya dalam penggunaan ICT sangat baik kerana adik Iqbal sangat rajin menghadiri kelas dan aktiviti yang dijalankan pada setiap minggu dan dia juga seorang pelajar yang suka bertanya. Bukan itu sahaja, Adik Iqbal juga meminta bantuan dari petugas PI untuk mengadakan kelas-kelas pembelajaran seperti E-Learning supaya dapat meningkatkan lagi tahap pengetahuannya dalam pembelajaran. Selain itu juga, dia mendapatkan bantuan daripada petugas untuk membantu mereka mencari maklumat tentang tugasan sekolah yang diperlukan.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Adik Iqbal bukanlah seorang yang celik ICT sebelum mendaftarkan dirinya sebagai Ahli PI Taman Rishah Permai, Buntong.Tahap ICT sangat lemah dan memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada petugas. PI merupakan salah satu medium yang terbaik buat pelajar-pelajar seperti adik Iqbal kerana mereka dapat menggunakan kemudahan yang disediakan dengan penuh manfaat. Sebelum ini adik Iqbal banyak menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah misalnya melepak bersama rakan-rakan selepas habis sekolah dan bermain game . PI telah merangka dan melaksanakan pertandingan “Reward Attendence” kepada ahli yang menyertai aktiviti/ kelas yang dijalankan di Pusat Internet. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sentiasa mendapat sambutan yang sangat baik daripada mereka terutamanya adik Iqbal kerana setiap aktiviti yang disertai akan memperoleh point untuk dikumpulkan sehingga akhir bulan. Dan ganjaran akan diberikan kepada pengguna yang mempunyai point yang tertinggi.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Penglibatannya sebagai ahli PI sangat aktif. Adik Iqbal tidak ketinggalan untuk menyertai setiap aktiviti yang dijalankan. Ini kerana dia dapat mempelajari banyak perkara dan ilmu baru. Dia akan mengajak rakan-rakannya yang lain untuk menyertai kelas-kelas yang dijalankan. Kini tahap kemahiran ICT semakin meningkat. Adik Iqbal boleh menggunakan aplikasi microsoft office dengan baik antaranya menulis surat, membuat risalah dan poster, dan bermacam-macam lagi. Dia juga sangat rajin membuat latihan untuk meningkatkan pengetahuan ICT, misalnya mempraktikkan kembali apa yang telah dibelajar didalam kelas. Sikapnya yang suka belajar menjadi contoh kepada pelajar-pelajar yang lain.

     

Adik Iqbal

 


Usahawan Perniagaan Biskut Semperit

Nama: Ainul Sharina Binti Ahmad Tajuddin

Umur: 34 Tahun

Ahli: 2016

Latar Belakang 

Puan Ainul bekerja sebagai kerani Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menjalankan perniagaannya secara separuh masa untuk mencari pendapatan sampingan. Beliau memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan terlebih dahulu kepada rakan-rakan ditempat kerja, kenalan rapat dan saudara-mara. Oleh itu beliau bercadang untuk membuka satu perniagaan berdasarkan minatnya yang mendalam dalam bidang membuat pastri dan kek. Beliau memilih perniagaan menjual biskut semperit dan aneka jenis biskut boleh dihasilkan atas permintaan rakan-rakannya. Perniagaan yang dijalankan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakan-rakan serta keluarga. Setiap kali pihak jabatan menjalankan jamuan atau majlis-majlis, rakan-rakan beliau akan membuat tempahan biskut semperit sebagai kudapan dimajlis yang dijalankan. Apabila tiba musim perayaan, terutamanya Hari Raya, beliau mendapat tempahan yang sangat menggalakkan daripada rakan-rakan serta saudara mara terdekat. Pendapatan yang diperoleh semasa musim perayaan hampir mencecah RM2000.00.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI1M

Pemasaran produk perniagaannya di Media sosial agak kurang kerana Puan Ainul lebih berfokus kepada perniagaan secara offline dimana beliau mempromosikan produk-produknya kepada rakan-rakan dan saudara maranya terlebih dahulu. Sekiranya rakan-rakan berpuas hati dengan kualiti produk yang dihasilkan barulah Puan Ainul akan mempromosikan perniagaannya dimedia sosial. Walaupun tidak mempromosikan produknya dimedia sosial, Puan Ainul sangat berpuas hati dengan pencapaian yang diperolehnya kerana beliau merasakan sambutan yang diterima terhadap produk-produknya sangat menggalakkan. Rakan-rakannya banyak membantunya mempromosikan produk-produknya di pejabat mereka dan secara tidak langsung rakan-rakannya menjadi medium pemasaran terhadap perniagaannya. Puan Ainul tidak berterusan untuk memasarkan perniagaannya secara Offline dan akan bercadang untuk mempromosikan di Media sosial seperti Facebook dan Instagram. Beliau telah membuka satu akaun Facebook bagi memudahkan urusan jual beli dijalankan.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI1

Kini perniagaan Puan Ainul bukan tertumpu pada offline sahaja tetapi termasuk jugak perniagaan secara atas talian. Lebih banyak tempahan diterima apabila beliau mempromosikan perniagaanya di Facebook dan menyertai “group-group perniagaan “. Beliau juga sangat tertarik dengan latihan keusahawan yang diadakan pada setiap bulan kepada belia, usahawan, dan wanita khususnya. Latihan keusahawan membantu para usahawan untuk meningkatkan lagi produktivi pemasaran mereka. Akan datang beliau akan mempelajari cara-cara membuat blog di Pusat Internet Taman Rishah Permai. Bukan itu sahaja, petugas akan membantu beliau bagaimana untuk menangkap gambar produk dengan cantik menggunakan teknik-teknik yang betul. Puan Ainul sangat berminat dengan kelas-kelas yang akan dijalankan dan akan menghadari kelas tersebut bagi meningkatkan lagi kemahiran beliau. Walaupun masih tidak mempunyai kesempatan untuk menghadiri kelas-kelas yang dijalankan beliau sering mendapatkan bantuan daripada petugas misalnya mempelajari cara-cara membuat Facebook dan Instagram.Sekarang beliau sudah mahir dalam mengendalikan akaun facebook dan instagram dalam mempromosikan produk.

     

Puan Ainul

 


Usahawan Perniagaan Pakaian

Nama: Parameswary A/P Siwari

Umur: 33 Tahun

Ahli: 2019

Latar Belakang 

Puan Parameswary baru memulakan perniagaannya dan sebelum ini beliau hanya membantu suaminya menjalankan perniagaan salon. Setelah perniagaan salon suaminya meningkat naik, Puan Parameswary berminat untuk menjalankan perniagaannya sendiri dan berjaya mengumpul dana untuk membuka satu kedai pakaian. Cita-cita beliau ialah untuk mempunyai perniagaan sendiri yang diuruskan olehnya. Perniagaanya mula beroperasi pada awal Januari 2019 dan pelbagai aktiviti promosi telah diadakan. Antaranya membuat pembelian beli satu percuma satu, Diskaun 50 % bagi setiap pembelian untuk hari sabtu sahaja dan banyak lagi. Aktiviti promosinya membuahkan hasil dan perniagaanya semakin meningkat naik. Beliau kini mempunyai pelanggan tetap berdekatan kawasan premisnya.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Penggunaan ICT memainkan peranan yang sangat penting pada masa kini untuk memasarkan Produk. Pemasaran produk perniagaannya di Media sosial agak kurang kerana Puan Parameswary lebih berfokus kepada perniagaan secara offline dimana beliau mempromosikan produk-produknya kepada rakan-rakan dan saudara maranya terlebih dahulu. Walaupun tidak mempromosikan produknya dimedia sosial, Puan Parameswary sangat berpuas hati dengan pencapaian yang diperolehnya kerana beliau merasakan sambutan yang diterima terhadap produk-produknya sangat menggalakkan. Puan Parameswary tidak berterusan untuk memasarkan perniagaannya secara Offline dan akan bercadang untuk mempromosikan di Media sosial seperti Facebook dan Instagram. Pada pandangan puan Parameswary, beliau perlu menjalankan perniagaan secara atas talian bagi meningkatkan perniagaannya dan mendapat pelanggan luar dari kawasan persekitaran premisnya. Beliau tiada kepakaran untuk menggunakan internet dan media sosial bagi mempromosikan perniagaanya. Oleh itu, Puan Parameswary mendaftarkan diri menjadi ahli Pusat Internet dan berminat untuk mengikuti kelas yang akan dijalankan oleh petugas Pusat Internet.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Kini perniagaan Puan Parameswary bukan tertumpu pada offline sahaja tetapi termasuk jugak perniagaan secara atas talian. Lebih banyak tempahan diterima apabila beliau mempromosikan perniagaanya di Facebook dan menyertai “group-group perniagaan “. Beliau juga sangat tertarik dengan latihan keusahawan yang diadakan pada setiap bulan kepada belia, usahawan, dan wanita khususnya. Latihan keusahawan membantu para usahawan untuk meningkatkan lagi produktivi pemasaran mereka. Akan datang beliau akan mempelajari cara-cara membuat blog di Pusat Internet Taman Rishah Permai. Bukan itu sahaja, petugas akan membantu beliau bagaimana untuk menangkap gambar produk dengan cantik menggunakan teknik-teknik yang betul. Puan Parameswary sangat berminat dengan kelas-kelas yang akan dijalankan dan akan menghadari kelas tersebut bagi meningkatkan lagi kemahiran beliau. Beliau sering mendapatkan bantuan daripada petugas misalnya mempelajari cara-cara membuat Facebook dan Instagram.Sekarang beliau sudah mahir dalam mengendalikan akaun facebook dan instagram dalam mempromosikan produk.

     

Puan Parameswary

 


 

Nama: Janithaashini A/P Thiagu

Umur: 11 Tahun

Ahli: 2017

Latar Belakang 

Adik Janitashini berumur 11 dan bersekolah di SK Convent Ipoh merupakan ahli aktif di Pusat Internet Taman Rishah Permai, Buntong. Adik Janitashini merupakan anak bongsu dalam keluarganya, semua ahli keluarganya termasuk abang dan kakaknya adalah ahli aktif PI. Pencapaian prestasinya dalam penggunaan ICT sangat baik. Ini kerana adik Janitashini sangat rajin menghadiri kelas dan aktiviti yang dijalankan pada setiap minggu dan dia juga seorang pelajar yang suka bertanya. Bukan itu sahaja, Janitashini juga meminta bantuan dari petugas PIM untuk mengadakan kelas-kelas pembelajaran seperti E-Learning supaya dapat meningkatkan lagi tahap pengetahuannya dalam pembelajaran. Hampir setiap minggu dia dan adik-beradiknya akan mengikuti kelas yang dijalankan bagi meningkatkan kemahiran mereka. Selain itu juga, dia mendapatkan bantuan daripada petugas untuk membantu mereka mencari maklumat tentang tugasan sekolah yang diperlukan.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Adik Janitashini bukanlah seorang yang celik ICT sebelum mendaftarkan dirinya sebagai Ahli PIM Taman Rishah Permai, Buntong. Tahap ICT sangat lemah dan memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada petugas. Oleh itu, PIM merupakan salah satu medium yang terbaik buat pelajar-pelajar seperti Adik Janitashini kerana mereka dapat menggunakan kemudahan yang disediakan dengan penuh manfaat. Adik Janitashini tidak dapat pendedahan sepenuhnya dalam bidang ICT kerana disekolah tidak mempunyai masa yang cukup untuk dia mempelajari asas-asas komputer seperti Microsoft Office, Pengenalan kepada Internet, Perkakasan Komputer dan lain-lain lagi. Oleh itu, PIM telah merangka dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang boleh disertai oleh pelajar-pelajar setempat dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sentiasa mendapat sambutan yang sangat baik daripada mereka terutamanya Adik Janitashini.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas menjadi ahli PIM, manfaat yang diperoleh oleh Adik Janitashini ialah dia dapat belajar secara atas talian seperti menonton video-video ilmiah, mencari nota-nota ringkas untuk menambahkan ilmu pengetahuan serta mudah fokus dalam pelajarannya.Adik Janitashini boleh menggunakan aplikasi microsoft office dengan baik antaranya menulis surat, membuat risalah dan poster, dan bermacam-macam lagi. Dia juga sangat rajin membuat latihan untuk meningkatkan pengetahuan ICT, misalnya mempraktikkan kembali apa yang telah dibelajar didalam kelas. Sekiranya ada kerja khusus yang perlu disiapkan, Adik Janitashini akan datang ke PIM untuk meminta tunjuk ajar dan pandangan daripada petugas. Sikapnya yang suka belajar menjadi contoh kepada pelajar-pelajar yang lain. Bukan itu sahaja, beliau kini sedar tentang panduan keselamatan semasa melayari internet atau perlu “Klik Dengan Bijak” dimana maklumat-maklumat peribadi tentang dirinya tidak dikongsikan secara terbuka kepada orang yang tidak dikenali. Hanya perkara-perkara yang dirasakan sesuai sahaja dia kongsikan kepada kenalan-kenalan di media sosialnya.

     

Adik Janitashini