Usahawan Perniagaan Emas Korea 24K

Nama: Nur Ain Shahzuanie

Umur: 25 Tahun

Ahli: 2018

Latar Belakang 

Cik Ain sangat berminat dengan perniagaan Emas Korea 24k. Ia adalah barangan kemas yang permukaannya mempunyai lapisan emas bergantung kepada ketebalan saduran. Emas sadur tidak mempunyai nilai namun ianya amat bernilai sebagai aksesori wanita, tambahan lagi buat masa sekarang harga emas tulen sangat mahal. Walaupun emas kora 24k tidak seperti emas tulen tetapi ia tetap diminati oleh wanita kerana harganya yang lebih berpatutan dan seakan-akan sama seperti Emas tulen. Pelanggan memilih emas korea 24k kerana ianya jauh lebih selamat apabila dipakai dan tiada risiko untuk kes kecurian atau rompakan. Cik Ain memilih untuk menjalankan perniagaan Emas Korea 24k kerana terdapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan khususnya wanita. Berbanding emas saduran yang lain, Emas Korea lebih tahan kualitinya berbanding emas-emas sadur yang lain. Cik Ain turut menyediakan perkhidamatan sadur semula emas apabila emas tersebut sudah luntur. Antara aksesori yang diniagakan oleh Cik Ain ialah gelang, cincin, rantai, dan banyak lagi. Cik Ain turut memberikan tips kepada pelangga apabila membeli dan memakai emas Korea 24k untuk memastikan emas tersebut tahan lebih lama. Antara tips yang diberikan ialah tidak memakai semasa melakukan kerja-kerja pencucian seperti membasuh pinggan atau kain. Ini kerana apabila aksesori tersebut terkena pada bahan peluntur cucian ia cepat menghakis saduran emas tersebut.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Cik Ain tiada masalah dalam penggunaan ICT kerana beliau sangat mahir dalam jualan secara atas talian. Perniagaan yang dilakukan sekarang lebih berfokus secara atas talian. Cik Ain memasarkan perniagaan di medium sosial seperti Shopee dan Lazada. Walaupun mahir dalam penggunaan ICT, tetapi beliau pernah ditipu oleh pelanggan atau lebih dikenali sebagai “scammer” . Kes seperti ini biasa berlaku dalam kalangan perniaga online dan pada masa tersebut, Cik Ain masih baru dalam perniagaan online dan percaya sepenuhnya kepada pelanggannya. Beliau tidak membuat semakan bayaran transaksi daripada pelanggan dan percaya dengan maklumat pembayaran daripada mesej yang diterima oleh pelanggan sahaja. Walaupun barang yang dibeli oleh scammer tersebut tidak terlalu mahal, tetapi ia tetap merugikan Cik Ain yang baru memulakan perniagaan. Bermula daripada perkara tersebut Cik Ain akan mula berhati-hati dan memastikan setiap transaksi bayaran daripada pelanggan berjaya masuk ke akaunnya.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas berdaftar menjadi ahli Pusat Internet Taman Rishah Permai Cik Ain sangat tertarik dengan latihan keusahawan yang diadakan pada setiap bulan kepada belia, usahawan, dan wanita khususnya. Latihan keusahawan membantu para usahawan untuk meningkatkan lagi produktivi pemasaran mereka. Bagi membantu mempromosikan produk-produknya, PI membenarkan beliau untuk meletakkan beberapa aksesori seperti gelang, cincin, rantai dan sebagainya bagi tujuan tarikan kepada ahli-ahli PI yang hadir. Kebanyakan ahli-ahli PI yang hadir berminat dengan aksesori yang dijual oleh Cik Ain kerana harganya yang sangat berpatutan. Akan datang beliau akan mempelajari cara-cara membuat blog di Pusat Internet Taman Rishah Permai. Bukan itu sahaja, petugas akan membantu beliau bagaimana untuk menangkap gambar produk dengan cantik menggunakan teknik-teknik yang betul. Beliau sangat berminat dengan kelas-kelas yang akan dijalankan dan akan menghadari kelas tersebut bagi meningkatkan lagi kemahiran beliau. Beliau juga merupakan ahli aktif PI dan setiap hari akan hadir ke PI untuk mengemaskini laman Shopee dan Lazada atau menggunakan perkhidmatan mencetak.

     

Cik Ain

 

 


Usahawan Perniagaan Tanaman Hidroponik

Nama: Ragu A/L Jakaran

Umur: 28 Tahun

Ahli: 2019

Latar Belakang 

Hidroponik ialah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon kedalam air baja tanpa menggunakan tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain mengantikan tanah. Penanaman secara hidroponik dilakukan oleh individu sebagai hobi dan juga penjualan secara komersil. Tujuan Encik Ragu menyertai seminar Hidroponik yang dijalankan di Pusat Internet Taman Rishah Permai, Buntong pada November lalu adalah bertujuan untuk menjalankan perniagaan tanaman secara hidroponik. Pada pandangan beliau, tanaman hidroponik dapat memberikan keuntungan kepada beliau kerana tanaman hidroponik ini tidak memerlukan baja dan hanya perlu menetapkan kuantiti air yang betul. Tambahan pula, beliau tidak mempunyai tanah yang luas dan hanya bercadang untuk menanam dikawasa sekitar rumahnya kerana tanaman ini tidak memerlukan tanah sebagai medium utama. Bukan itu sahaja, tanaman ini boleh dimakan keseluruhannya kerana akarnya bebas dari kotoran dan bakteria berpenyakit. Antara lainnya ialah tanaman ini susah untuk mendapatkan penyakit atau rosak kerana ianya tidak berada didalam tanah dan pengusaha yang menjalankan perniagaan ini tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk tugasan menyiram atau membaja.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Penggunaan ICT memainkan peranan yang sangat penting pada masa kini untuk memasarkan Produk. Walaupun perniagaan ini tidak memerlukan kemahiran ICT tetapi ianya memerlukan bahan rujukan daripada internet untuk tujuan rujukan dan testimoni daripada perniaga-perniaga yang sudah menjalankan perniagaan ini. Secara tidak langsung Encik Ragu perlu tahu serba sedikit tentang ICT untuk menjalankan perniagaan ini. Beliau mendapatkan bantuan rakannya untuk membantunya mencari kursus-kursus yang boleh disertai di media sosial kerana beliau tidak mahir dalam penggunaan teknologi.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas menyertai kursus seminar hidroponik di PI beliau turut meminta tunjuk ajar daripada petugas untuk membantu beliau membuat Facebook bagi memudahkan urusan beliau untuk mendapatkan maklumat kursus-kursus hidroponik di media sosial. Bukan itu sahaja, beliau turut mempelajari bagaimana untuk mencari maklumat-maklumat tentang tanaman hidroponik di internet misalnya video-video berkaitan tanaman hidroponik. Buat masa ini beliau ingin fokus untuk tanamannya dan setelah dikomersilkan dan mendapat permintaan ramai, beliau bercadang untuk menyertai kelas Asas Microsoft Office untuk mempelajari asas membuat perbelanjaan dan pendapatan bagi perniagaannya.

     

Encik Ragu

 


Usahawan Perkhidmatan Sewa Khemah

Nama: Mugilan A/P Krishnan

Umur : 39

Ahli: 2017

Latar Belakang

Encik Mugilan merupakan seorang usahawan tempatan sepenuh masa. Beliau menjalankan perniagaan perkhidmatan sewaan kanopi, khemah, meja, kerusi, dan lain-lain lagi. Semasa musim perayaan atau terutamanya musim cuti persekolahan, perniagaannya mendapat keuntungan berlipat kali ganda kerana setiap minggu ada sahaja permintaan tempahan daripada pelanggan untuk menyewa khemah bagi majlis seperti kenduri kahwin, bertunang dan pelbagai lagi. Bukan itu sahaja, bagi acara-acara yang terdapat di shoping Mall, misalnya Festival Makanan Thailand yang diadakan di Aeon Mall Falim, turut menggunakan perkhidmatannya.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI1M

Sebelum berdaftar menjadi ahli di Pusat Internet 1Malaysia Taman Rishah Permai, Buntong. Encik Mugilan selalu berkungjung ke Cyber Cafe untuk menyiapkan laporan kewangannya dan menggunakan perkhidmatan printing dan fotokopi. Bukan itu sahaja, beliau turut mencari bahan-bahan pembelajaran seperti latihan, bahan rujukan untuk anak-anaknya yang masih bersekolah. Pendapat beliau, bayaran bagi perkhidmatan yang digunakan oleh beliau sangat mahal dan harganya tidak berpatutan. Beliau berkungjung ke Cyber Cafe sebelum ini kerana tidak tahu perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia. Selain itu juga, laporan kewangan yang disediakan oleh Encik Mugilan tidak sistematik dan kemas. Kebanyakan laporannya masih bertulis tangan kerana kurang mahir menggunakan Microsoft Office untuk menaip laporan-laporannya.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI1M

Encik Mugilan mengetahui tentang Pusat Internet 1Malaysia Taman Rishah Permai Buntong adalah daripada jirannya, kemudian beliau terus mendaftarkan diri menjadi ahli PI1M Taman Rishah Permai, Buntong. Penglibatannya di PI1M sangat aktif dan beliau turut mendaftarkan tiga orang anaknya untuk menyertai kelas-kelas yang dijalankan.

Bukan itu sahaja, beliau turut menyertai segala pertandingan Dashboard Komuniti yang dijalankan antaranya, Kuiz Dashboard Komuniti, Game Durian Runtuh dan Boink Challenge, membuat pemeriksaan kesihatan dan banyak lagi. Kini Laporan Kewangan beliau semakin sistematik dan kemas. Beliau kini semakin mahir dalam penggunaan Microsoft Office dan dapat menyiapkan segala kerjanya dengan cepat. Anak-anak beliau sangat rajin menyertai kelas yang dijalankan serta menggunakan kemudahan yang terdapat di PI1M dengan baik. Mereka mencari bahan-bahan latihan dan rujukan untuk pembelajaran mereka di sekolah.

 

     IMG 1691  

 


Usahawan Pastri dan Kek

Nama: Nor Azhana Binti Azhar

Umur: 28 Tahun

Ahli: 2018

Latar Belakang 

Nor Azhana Binti Azhar. Berumur 28 tahun. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Seorang yang bercita-cita tinggi untuk menjadi usahawan muda yang berjaya dalam bidang pastri dan kek. Minatnya yang begitu mendalam dalam pembuatan pastri dan kek mendorongnya beliau untuk mengikuti beberapa kursus antaranya ialah Latihan Pembentukan Usawahan anjuran Mara dan Kursus “Baking di Oven Of Love”. Walaupun sibuk menguruskan Syarikat bapa mertuanya “Pelita Ideal Sdn Bhd”, beliau tidak pernah mengabaikan cita-citanya dan meneruskan perniagaan sampingannya dirumah dengan menerima tempahan dalam pembuatan kek untuk majlis harijadi, perkahwinan dan lain-lain lagi.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI1M

 

Pemasaran produk yang dihasilkan hanya bergantung kepada jualan secara offline sahaja dimana Puan Azhana hanya menerima tempahan daripada saudara-mara dan rakan-rakan sahaja. Penggunaan internet dalam memasarkan produknya masih berada di tahap minimum disebabkan kekurangan kemahiran dalam penggunaan media sosial. Tempahan yang diterima tidak memberangsangkan dan Puan Azhana mempergiatkan usaha untuk memasarkan produk-produknya secara atas talian. Dengan sokongan suami dan anak-anaknya beliau berusaha untuk meningkatkan pendapatan jualan keknya. Beliau tahu bahawa promosi di media sosial dapat membantu jualanya meningkat naik. Tambahan pula, penggunaan media sosial tidak mengenakan sebarang caj tambahan melainkan penggunaan internet sahaja. Beliau bernekad untuk membuat akuan media sosial bagi membantu peningkatan jualannya.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI1

 

Puan Azhana semakain maju dalam penggunaan Media Sosial dalam memasarkan produknya. Beliau kini mempunyai Facebook pages dan Instagram sebagai medium mempromosikan produknya. Dengan adanya akaun-akuan media sosial jualannya semakin bertambah dan mendapat sambutan dari orang luar khususnya sekitar kawasan Ipoh dan tidak terhad kepada rakan-rakan dan ahli keluarga sahaja. Akan datang beliau akan mempelajari cara-cara membuat blog di Pusat Internet 1Malaysia Taman Rishah Permai dan petugas juga akan memperkenalkan kepada beliau salah satu portal untuk memasarkan produk yang dikenali sebagai Myshop. Bukan itu sahaja, petugas akan membantu beliau bagaimana untuk menangkap gambar produk dengan cantik menggunakan teknik-teknik yang betul. Puan Azhana sangat berminat dengan kelas-kelas yang akan dijalankan dan akan menghadari kelas tersebut bagi meningkatkan lagi kemahiran beliau. Walaupun masih tidak mempunyai kesempatan untuk menghadiri kelas-kelas yang dijalankan beliau sering mendapatkan bantuan daripada petugas misalnya mempelajari cara-cara membuat Facebook Pages dan Instagram. Kebiasaannya medium belajar bersama petugas  Pi1m adalah secara atas talian sahaja. Ini kerana, beliau perlu menguruskan perniagaan bapa mertuanya dan tidak mempunyai kenderaan untuk datang ke PI1M. 

     

ZANA3


Usahawan Minyak Wangi 

Nama: Rosmah Binti Mat Sarib

Umur: 31

Ahli: 2017

Latar Belakang

Minyak Wangi De’Xandra diasaskan oleh Puan Rosma selepas 5 tahun beliau berniaga Perfumes. Beliau banyak membantu pelajar dan surirumah untuk berniaga secara atas talian termasuklah Puan Rosma yang menjadi salah seorang agen bagi produknya. Puan Rosma sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Disebabkan kos perbelanjaan semakin meningkat beliau mengambil inisiatif untuk memulakan perniagaan yang membolehkan beliau sentiasa bersama keluarganya. Oleh itu Puan Rosma memilih produk ini kerana orang ramai sudah mula menyukai perfume yang baunya tahan lama iaitu lebih dari 8 jam dan harganya yang sangat berpatutan. Selain itu juga kelebihan minyak wangi ini ialah tidak mengandungi alkohol dan boleh dibawa semasa solat kerana menggunakan bahan-bahan dari ekstrak tumbuh-tumbuhan. Bukan itu sahaja produk tempatan ini sangat setanding dengan produk-produk yang berada diluar negara.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI1M

Puan Rosma bekerja sepenuh masa sebagai penjawat kerajaan dan masih berjinak-jinak dalam dunia perniagaan sebagai agen menjual minyak wangi terkenal iaitu De’Xandra. Beliau berpendapat setiap perniagaan yang dijalankan pasti akan menguntungkan sekiranya pandai menarik perhatian pelanggan dan mempromosikan perniagaan dengan lebih meluas. Beliau memilih minyak wangi De’Xandra sebagai pendapatan sampingannya kerana minyak wangi tersebut sudah dikenali ramai dan mempunyai jenama yang tersendiri. Dengan ini memudahkan beliau untuk mempromosikan produk tersebut dengan yakin. Namun begitu walaupun jenama produk tersebut sudah dikenali ramai, sambutan terhadap pelanggan untuk membeli dengan puan rose agak kurang memberangsangkan berbanding pesaingannya dengan agen yang lain. Agen-agen yang lain mampu mendapatkan  bilangan pelanggan yang melebihi 2 kali ganda berbanding dirinya. Disebabkan agen lain boleh mendapat pelanggan yang ramai, beliau rasa teercabar  untuk meningkatan hasil pendapatannya berbanding rakan-rakan agennya. 

Selepas Penggunaaan ICT/ Penglibatan PI1M

Selepas berdaftar menjadi ahli Pusat Internet 1Malaysia Rishah Permai Puan Rosma sangat tertarik dengan latihan keusahawan yang diadakan pada setiap bulan kepada belia, usahawan, dan wanita khususnya. Latihan keusahawan membantu para usahawan untuk meningkatkan lagi produktivi pemasaran mereka. Akan datang beliau akan mempelajari cara-cara membuat blog di Pusat Internet 1Malaysia Taman Rishah Permai. Bukan itu sahaja, petugas akan membantu beliau bagaimana untuk menangkap gambar produk dengan cantik menggunakan teknik-teknik yang betul. Puan Rosma sangat berminat dengan kelas-kelas yang akan dijalankan dan akan menghadari kelas tersebut bagi meningkatkan lagi kemahiran beliau. Walaupun masih tidak mempunyai kesempatan untuk menghadiri kelas-kelas yang dijalankan beliau sering mendapatkan bantuan daripada petugas misalnya mempelajari cara-cara membuat Facebook Pages dan Instagram.

 rr