Tarikh : 2 Oktober 2020

Hari : Jumaat 

Masa : 10.00 pagi - 12.00 t/hari

Lokasi :  PI Taman Rishah Permai, Buntong

Peserta : 2 orang

Tujuan : Membantu ahli komuniti mempelajarai cara untuk  memuat turun video dari youtube. 

Aktiviti : Kelas Pengenalan Internet ini bermula jam sepuluh pagi selama dua jam. Penerangan dari petugas adalah sangat terperinci dan menunjukkan langkah bagaimana untuk memuat turun video tersebut dari halaman Youtube.  Langkah yang di tunjuk pula satu demi satu kerana ahli belum mahir menggunakan komputer dan internet.

Gambar Aktiviti

 

Tarikh : 4 Oktober 2020

Hari : Ahad 

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi :  PI Taman Rishah Permai, Buntong

Peserta : 1 orang

Tujuan : Membantu ahli komuniti menjawab kuiz matematik secara online yang diberikan oleh guru sekolah dan membuat soalan kuiz tambahan.

Aktiviti : Kelas bermula jam tiga petang dengan bantuan petugas untuk membantu ahli komuniti menjawab soalan kuiz secara online. Petugas kemudian memberikan soalan tambahan agar ahli dapat menjawab dengan lebih banyak dan membuat latihan pengiraan agar mahir mengira dalam subjek matematik.

Gambar Aktiviti

 

Tarikh : 5 September 2020

Hari : Sabtu

Masa : 10.00 pagi - 12.00 t/hari

Lokasi :  PI Taman Rishah Permai, Buntong

Peserta : 4 Orang

Tujuan : Bengkel ini bertujuan memberi kesedaran Klik Dengan Bijak dan menerangkan kempen Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong.

Aktiviti : Bengkel bersama Malaysia ICT Volunteer ini dilakukan secara online bersama-sama empat orang ahli komuniti yang bersedia mendengar dan membantu menyebarkan kempen Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong. Kesemua mereka adalah belia dan telah menghadiri bengkel tersebut di Pusat Internet Taman Rishah(secara online).

Gambar Aktiviti

 

Tarikh : 21-22 September 2020

Hari : Isnin & Selasa

Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi :  PI Taman Rishah Permai, Buntong

Peserta : Komuniti Setempat

Tujuan : Bersama-sama anggota Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Perak membantu ahli komuniti untuk mendaftar eCensus iaitu Banci Malaysia tahun 2020 secara dalam talian.

Aktiviti : Klinik ini bermula jam sembilan pagi sehingga jam lima petang di mana seramai tiga orang anggota dari Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Perak telah hadir ke Pusat Internet Taman Rishah Permai untuk membantu penduduk sekitar mengisi maklumat banci secara online.

Gambar Aktiviti

Tarikh : 14 Mac 2020

Hari : Ahad

Masa : 11.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi :  PI Taman Rishah Permai, Buntong

Peserta : 2 Orang

Tujuan : Membantu ahli komuniti membiasakan diri dengan perisian editing gambar untu kegunaan peribadi mereka.

Aktiviti : Kelas ini diteruskan setelah selesai kelas untuk kuiz word search. Ahli komuniti begitu semangat ingin mempelajari lagi teknik untuk mengedit gambar dengan cepat dan murah. Mereka kemudian menyimpan hasil gambar yang diedit didalam pendrive masing-masing.

Gambar Aktiviti