Tarikh : 28 Februari 2020

Hari : Khamis

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi :  PI Taman Rishah Permai, Buntong

Peserta : 2 Orang

Tujuan : Membantu ahli komuniti setempat untuk mencari maklumat dan membuat kerja kursus yang diberikan oleh cikgu mereka. 

Aktiviti : Petugas membantu ahli komuniti seramai dua orang untuk memulakan pencarian maklumat dan mengajar bagaimana untuk mencari dan mendapatkan maklumat yang betul. Kerja kursus kemudian disudahkan dengan menggunakan microsoft word.

Gambar Aktiviti

Tarikh : 21 Februari 2020

Hari : Jumaat

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi :  PI Taman Rishah Permai, Buntong

Peserta : 1 Orang

Tujuan : Membantu ahli komuniti setempat untuk belajar menggunakan Microsoft Publisher dan membuat flyer untuk kegunaan perniagaan beliau di Pusat Internet Taman Rishah Permai

Aktiviti : Ahli komuniti merupakan seorang usahawan yang baru mendaftar keahlian di Pusat Internet. Beliau ingin menimba ilmu dengan menggunakan komputer dan pelbagai perisian dengan lebih mendalam lagi. Kelas hari ini memberi fokus kepada flyer agar beliau dapat mereka flyer tersebut sendiri.

Gambar Aktiviti

 

Tarikh : 17 Februari 2020

Hari : Isnin

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi :  PI Taman Rishah Permai, Buntong

Peserta : 2 Orang

Tujuan : Membantu ahli komuniti setempat untuk membuat surat kiriman rasmi untuk dihantar kepada pengetua sekolah berkenaan dan mencetak surat tersebut di Pusat Internet

Aktiviti : Ahli komuniti menaip surat yang dikarang dan mengikut tunjuk ajar yang diberikan oleh petugas untuk menetapkan format surat tersebut agar kelihatan kemas dan mengikut format asal surat kiriman rasmi. Kedua ahli berjaya menyiapkan surat mereka.

Gambar Aktiviti

 

Tarikh : 20 Februari 2020

Hari : Khamis

Masa : 9.30 pagi - 1.00 petang

Lokasi :  Casuarina Convention Centre

Peserta : Kakitangan PKNP

Tujuan : Memenuhi jemputan dari Unit Integriti & Governans PKNPk untuk mengadakan Executive Talk bertajuk Taklimat Penyalahgunaan Media Sosial yang disampaikan oleh Puan Hanita.

Aktiviti : Taklimat bermula pada jam 9.30 pagi di Casuarina Convention Centre. Pelbagai topik disampaikan antaranya cyberbuly, etika penjawat awam dan pelbagai lagi. Taklimat ini turut membawa para petugas Pusat Internet untuk membuka booth dan menyediakan pelbagai aktiviti dan hadiah menarik kepada peserta.

Gambar Aktiviti

Tarikh : 17 Februari 2020

Hari : Isnin

Masa : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi :  MTQ ADDIN 11

Peserta : 17 Orang

Tujuan : Membuat kelas ICT siri ke 2 kepada pelajar Maahad Tahfiz AlQuran WalQiraat ADDIN11 mengikut modul yang disusun bersama para guru mereka. Kelas pertama mereka adalah pengenalan kepada Internet dan Microsoft Word.

Aktiviti : Para pelajar Maahad Tahfiz AlQuran WalQiraat ADDIN11 seramai 17 orang telah menghadiri kelas ini. Masing-masing menggunakan notebook yang dipinjamkan dari Pusat Internet Taman Rishah Permai untuk membuat amali seperti yang diajar oleh petugas. Kelas ini merupakan siri ke 2 setelah kelas ICT siri pertama  berlangsung dengan jayanya pada tahun lepas.

Gambar Aktiviti