Tarikh : 14 Mac 2020

Hari : Ahad

Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi :  PI Taman Rishah Permai, Buntong

Peserta : 2 Orang

Tujuan : Membantu ahli komuniti dengan melatih diri mereka untuk menjawab kuiz word search dengan pantas.

Aktiviti : Kelas ini bermula jam 9 pagi, kedua mereka bersemangat untuk menghadiri kelas pada pagi ini. Petugas memberikan laman sesawang yang berkaitan dengan word search untuk dijawab oleh mereka. Masing-masing bersaing secara sihat untuk memenangi siapa yang terpantas.

Gambar Aktiviti

 

Tarikh : 8 Mac 2020

Hari : Ahad

Masa : 4.00 petang - 6.00 petang

Lokasi :  PI Taman Rishah Permai, Buntong

Peserta : 2 Orang

Tujuan : Membantu ahli komuniti setempat untuk mempelajari bahasa ketiga dengan lebih mudah dan pantas menggunakan google sheets translate.

Aktiviti : Kelas ini dihadiri seramai dua orang ahli yang merupakan pelajar sekolah menengah. Google Sheets adalah seperti Microsoft Excel tetapi digunakan secara online dan lebih mudah untuk digunakan kerana tidak perlu menambah perisian kepadanya. Ahli komuniti begitu semangat untuk mempelajari tentang Google Sheets Translate ini. Pelbagai bahasa boleh diterjemah dengan mudah.

Gambar Aktiviti

Tarikh : 6 Mac 2020

Hari : Jumaat

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi :  PI Taman Rishah Permai, Buntong

Peserta : 2 Orang

Tujuan : Membantu ahli komuniti setempat untuk mengedit gambar dan menyimpan sebagai gambar berformat .jpeg.

Aktiviti : Petugas menyarankan ahli komuniti untuk menggunakan aplikasi secara atas talian kerana lebih mudah untuk digunakan apabila tidak memiliki perisian seperti Adobe Photoshop di rumah. Ahli menyiapkan gambar yang diedit mengikut citarasa masing-masing.

Gambar Aktiviti

Tarikh : 8 Mac 2020

Hari : Ahad

Masa : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi :  PI Taman Rishah Permai, Buntong

Peserta : 2 Orang

Tujuan : Kelas mengedit video diadakan bagi membolehkan ahli komuniti, pelajar tingkatan 5 untuk membuat video di tahun akhir sekolah mereka.

Aktiviti : Di awal kelas lagi petugas sudah meminta ahli yang menghadiri kelas untuk menyediakan gambar yang ingin digunakan di dalam suntingan video ini. Ahli komuniti membuat video seperti yang diajar oleh petugas.

Gambar Aktiviti

 

Tarikh : 2 Mac 2020

Hari : Isnin

Masa : 10.00 pagi - 12.00 t/hari

Lokasi :  PI Taman Rishah Permai, Buntong

Peserta : 1 Orang

Tujuan : Memberi pendedahan kepada ahli komuniti untuk menggunakan perisian Microsoft Word.

Aktiviti : Menjadi kelaziman ahli komuniti ingin mempelajari penggunaan Microsoft Word walaupun telah menghadiri kelas sebelum ini. Petugas membantu ahli komuniti yang merupakan pelajar sekolah menengah yang bersekolah sesi petang untuk membuat tugasannya menggunakan Microsoft Word.

Gambar Aktiviti