Tarikh : 28 Februari 2020 Hari : Khamis Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Lokasi : PI Taman Rishah Permai, Buntong Peserta : 2 Orang |
Tujuan : Membantu ahli komuniti setempat untuk mencari maklumat dan membuat kerja kursus yang diberikan oleh cikgu mereka.
Aktiviti : Petugas membantu ahli komuniti seramai dua orang untuk memulakan pencarian maklumat dan mengajar bagaimana untuk mencari dan mendapatkan maklumat yang betul. Kerja kursus kemudian disudahkan dengan menggunakan microsoft word.
Tarikh : 21 Februari 2020 Hari : Jumaat Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Lokasi : PI Taman Rishah Permai, Buntong Peserta : 1 Orang |
Tujuan : Membantu ahli komuniti setempat untuk belajar menggunakan Microsoft Publisher dan membuat flyer untuk kegunaan perniagaan beliau di Pusat Internet Taman Rishah Permai
Aktiviti : Ahli komuniti merupakan seorang usahawan yang baru mendaftar keahlian di Pusat Internet. Beliau ingin menimba ilmu dengan menggunakan komputer dan pelbagai perisian dengan lebih mendalam lagi. Kelas hari ini memberi fokus kepada flyer agar beliau dapat mereka flyer tersebut sendiri.
Tarikh : 17 Februari 2020 Hari : Isnin Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Lokasi : PI Taman Rishah Permai, Buntong Peserta : 2 Orang |
Tujuan : Membantu ahli komuniti setempat untuk membuat surat kiriman rasmi untuk dihantar kepada pengetua sekolah berkenaan dan mencetak surat tersebut di Pusat Internet
Aktiviti : Ahli komuniti menaip surat yang dikarang dan mengikut tunjuk ajar yang diberikan oleh petugas untuk menetapkan format surat tersebut agar kelihatan kemas dan mengikut format asal surat kiriman rasmi. Kedua ahli berjaya menyiapkan surat mereka.
Tarikh : 20 Februari 2020 Hari : Khamis Masa : 9.30 pagi - 1.00 petang Lokasi : Casuarina Convention Centre Peserta : Kakitangan PKNP |
Tujuan : Memenuhi jemputan dari Unit Integriti & Governans PKNPk untuk mengadakan Executive Talk bertajuk Taklimat Penyalahgunaan Media Sosial yang disampaikan oleh Puan Hanita.
Aktiviti : Taklimat bermula pada jam 9.30 pagi di Casuarina Convention Centre. Pelbagai topik disampaikan antaranya cyberbuly, etika penjawat awam dan pelbagai lagi. Taklimat ini turut membawa para petugas Pusat Internet untuk membuka booth dan menyediakan pelbagai aktiviti dan hadiah menarik kepada peserta.
Tarikh : 17 Februari 2020 Hari : Isnin Masa : 2.30 petang - 4.30 petang Lokasi : MTQ ADDIN 11 Peserta : 17 Orang |
Tujuan : Membuat kelas ICT siri ke 2 kepada pelajar Maahad Tahfiz AlQuran WalQiraat ADDIN11 mengikut modul yang disusun bersama para guru mereka. Kelas pertama mereka adalah pengenalan kepada Internet dan Microsoft Word.
Aktiviti : Para pelajar Maahad Tahfiz AlQuran WalQiraat ADDIN11 seramai 17 orang telah menghadiri kelas ini. Masing-masing menggunakan notebook yang dipinjamkan dari Pusat Internet Taman Rishah Permai untuk membuat amali seperti yang diajar oleh petugas. Kelas ini merupakan siri ke 2 setelah kelas ICT siri pertama berlangsung dengan jayanya pada tahun lepas.