Tarikh : 15 Disember 2019

Hari : Ahad 

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi :  PI Taman Rishah Permai, Buntong

Peserta : 6 Orang

Tujuan : Kuiz Pembelajaran Online Kahoot bertujuan untuk meningkatkan kemahiran para pengguna disamping menambahkan pengetahuan dan daya saing secara sihat di kalangan mereka.

Aktiviti : Petugas menjalankan kelas ini selama dua jam dan seramai enam orang ahli menyertai kelas ini. Pelbagai kuiz dijalankan seperti Bahasa Melayu, English, Matematik dan lain-lain.

Gambar Aktiviti

Tarikh : 15 Disember 2019

Hari : Ahad

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Lokasi :  PI Taman Rishah Permai, Buntong

Peserta : 1 Orang

Tujuan : Membantu ahli komuniti untuk memahirkan diri dalam menghafal ejaan dan menggunakan microsoft word untuk menulis ejaan tersebut.

Aktiviti : Petugas memberi perkataan-perkataan yang harus dieja kepada ahli. Ahli menaip di komputer dan disemak oleh petugas di akhir kelas ini. Kelas ini berlangsung selama dua jam sahaja.

Gambar Aktiviti

 

Tarikh : 2 Disember 2019

Hari : Sabtu

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi :  PI Taman Rishah Permai, Buntong

Peserta : 3 Orang

Tujuan : Meluangkan masa dengan ahli komuniti setempat untuk melihat tayangan video dan boleh menarik lebih ramai komuniti untuk datang ke Pusat Internet Taman Rishah Permai.

Aktiviti : Video yang ditayangkan berlangsung selama dua jam dan dihadiri seramai tiga orang ahli komuniti. Seperti biasa, di akhir tayangan video nanti ahli komuniti akan berbicara tentang kebaikan yang boleh diperolehi daripada video yang ditayangkan. Kesemua ahli berasa seronok kerana dapat memanfaatkan masa terluang dengan menonton video di Pusat Internet.

Gambar Aktiviti

 

Tarikh : 14 Disember 2019

Hari : Sabtu

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi :  PI Taman Rishah Permai, Buntong

Peserta : 1 Orang

Tujuan : Memberi peluang kepada ahli komuniti untuk memahirkan diri dengan penggunaan komputer dan internet. Online word search adalah game yang sesuai untuk meningkatkan kemahiran ahli komuniti.

Aktiviti : Kelas ini berlangsung selama dua jam dengan pantauan petugas pusat internet. Ahli mencuba mencari perkataan yang diperlukan dan petugas membantu jika ahli tidak berjaya menjumpainya. Ahli bertambah mahir setelah mencuba beberapa kali.

Gambar Aktiviti

 

Tarikh : 1 Disember 2019

Hari : Jumaat

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi :  PI Taman Rishah Permai, Buntong

Peserta : 2 Orang

Tujuan : Membantu ahli komuniti untuk menyediakan resume bagi persiapan menghadiri temuduga permohonan pekerjaan. Ahli turut mencetak resume yang telah disiapkan.

Aktiviti : Seramai dua orang ahli komuniti menyertai kelas resume pada kali ini. Mereka mencari contoh di google dan cuba untuk membuat sebaik yang mungkin. Petugas membantu mengajar di bahagian yang mereka tidak tahu menggunakan microsoft work contohnya di bahagian table. Kelas ini berlangsung selama dua jam.

Gambar Aktiviti