Tarikh : 28 November 2019

Hari : Khamis

Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang

Lokasi :  Pusat Internet Kg Tersusun Tasek Permai

Peserta : Komuniti Setempat

Tujuan : Sambutan Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Kg Tersusun Tasek Permai & Pusat Internet Taman Rishah Permai di Pusat Internet Kg Tersusun Tasek Permai Batu Gajah Perak.

Aktiviti : Aktivti bermula dari jam 8 pagi sehingga 2 petang dihadiri komuniti setempat dan pelbagai agensi yang dijemput oleh pihak  Kg Tersusun Tasek Permai & Pusat Internet Taman Rishah Permai. Pelbagai hadiah menarik disediakan. Gambar lanjut boleh dilihat di Facebook  Pusat Internet Kg Tersusun Tasek Permai & Pusat Internet Taman Rishah Permai.

Gambar Aktiviti

Tarikh : 27 November 2019

Hari : Rabu

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi :  PI Taman Rishah Permai, Buntong

Peserta : 10 Orang

Tujuan : Kuiz ICT Kahoot pada kali ni adalah sebuah pertandingan untuk Hari Bersama Komuniti di Pusat Internet Taman Rishah Permai. Soalan ICT digunakan pada kuiz hari ini.

Aktiviti : Seramai 10 orang ahli komuniti menyertai pertandingan Kuiz Kahoot ini. Hadiah istimewa disediakan untuk pemenang untuk tempat pertama, kedua dan ketiga. Kuiz berlangsung selama dua jam, terbahagi kepada peserta sekolah menengah dan sekolah rendah.

Gambar Aktiviti

 

Tarikh : 10 November 2019

Hari : Isnin

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi :  PI Taman Rishah Permai, Buntong

Peserta : 1 Orang

Tujuan : Memberi ilmu asas Microsoft Word kepada ahli komuniti. Ahli ingin belajar perkara asas dan cara penggunaan table untuk menyiapkn kerja yang dikehendakinya.

Aktiviti : Kelas ini memberi manfaat kepada ahli komuniti untuk membuat kerja yang dikehendaki di samping dapat menambahkan ilimu pengetahuan. Kelas ini memberi fokus kepada seorang sahaja ahli komuniti selama dua jam.

Gambar Aktiviti

Tarikh : 27 November 2019

Hari : Rabu

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Lokasi :  PI Taman Rishah Permai, Buntong

Peserta : 20 Orang

Tujuan : Bengkel video menggunakan website Powtoon sebagai pembelajaran pada hari ini untuk menambahkan ilmu para pelajar agar dapat menggunakan aplikasi lain selain perisian Movie Maker

Aktiviti : Bengkel ini berlangsung selama dua jam dan dihadiri seramai 20 peserta. Petugas mengajar bagaimana untuk menggunakan Powtoon dan di akhir bengkel peserta diminta menyiapkan satu video hasil pemahaman masing-masing semasa bengkel berjalan.

Gambar Aktiviti

 

Tarikh : 10 November 2019

Hari : Ahad

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi :  PI Taman Rishah Permai, Buntong

Peserta : 2 Orang

Tujuan : Memberi peluang kepada ahli komuniti untuk menggunakan internet dan memanfaatkan masa yang diberi agar mahir menggunakan aplikasi secara online, online coloring.

Aktiviti : Kelas ini berlangsung selama dua jam di Pusat Internet Taman Rishah Permai. Ahli komuniti mencuba untuk mewarna sebaik mungkin. Kedua pelajar ini menggunakan peluang yang diberi dengan begitu bersemangat dan berjaya mendapat hasil yang terbaik.

Gambar Aktiviti