Tarikh : 20 Mac 2021

Hari : Sabtu

Masa :  9.00 pagi - 12.30 t/hari

Lokasi :  Secara Online (Zoom)

Peserta : Orang Awam

Tujuan : Program Agro To Grow 2.0 : Malaysia-Indonesia Pertanian Serumpun (Zoom)

Aktiviti : Program Agro To Grow 2.0 Malaysia-Indonesia Pertanian Serumpun ini merupakan program anjuran Sekretariat Akademik dan Sahsiah dan Sekretariat Kesukarelawanan dan Komuniti, Kolej Tiga Belas dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti Kedah dan Happygreen Farm, Bogor, Indonesia. Program ini untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang pengurusan sisa dapur kepada baja kompos dan hidroponik. Program bermula jam 9 hingga 12.30 tengah hari.

Gambar Aktiviti

Tarikh : 16 Mac 2021

Hari : Selasa

Masa :  2.00 petang - 3.00 petang

Lokasi :  Secara Online (Whatsapp)

Peserta : 1 orang

Tujuan : Membantu ahli untuk memindahkan data ke CD.

Aktiviti : Kelas online ini dijalankan dengan seorang ahli komuniti yang bertanya soalan bagaimana cara untuk transfer lagu dari pendrive ke cd miliknya. Petugas membantu dengan memberikan langkah dan gambar sebagai tunjuk ajar untuk ahli. Sambungan kelas akan dijalankan nanti kerana ahli masih tidak berjaya menguasai pembelajaran ini.

Gambar Aktiviti

Tarikh : 10 Mac 2021

Hari : Rabu

Masa :  6.00 petang - 7.00 petang

Lokasi :  Secara Online (Whatsapp)

Peserta : 1 orang

Tujuan : Memberi tips kepaada ahli komuniti cara untuk melajukan laptop.

Aktiviti : Petugas menerangkan langkah-langkah untuk melajukan laptop dengan menyertakan gambar sebagai panduan kepada ahli. Ahli komuniti berkenaan sangat berminat untuk melajukan laptopnya kerana beliau masih belajar dan perlu menggunakan laptopnya dengan kadar yang memuaskan hati.

Gambar Aktiviti

 

Tarikh : 16 Mac 2021

Hari : Selasa

Masa :  3.00 petang - 4.00 petang

Lokasi :  Secara Online (Whatsapp)

Peserta : 1 orang

Tujuan : Mengajar cara pendaftaran dan check in QR Code MySejahtera.

Aktiviti : Ahli yang merupakan peniaga kecil-kecilan ingin membuat pendaftaran QR Code MySejahtera untuk premis perniagaan beliau. Petugas mengajar langkah-langkah untuk mendaftarkan premis kepada ahli komuniti.

Gambar Aktiviti

Tarikh : 9 Mac 2021

Hari : Selasa

Masa :  3.00 petang - 4.00 petang

Lokasi :  Secara Online (Whatsapp)

Peserta : 1 orang

Tujuan : Mengajar cara daftar dan check in QR Code MySejahtera.

Aktiviti : Ahli menghantar pertanyaan kepada petugas bagaimana untuk membuat pendaftaran QR Code MySejahtera untuk majlis kenduri. MySejahtera Check-In adalah untuk perniagaan, premis, pengangkutan awam dan lain-lain, bagi mendapat dan memaparkan QR Code MySejahtera. Petugas mengajar langkah-langkah untuk mendaftarkan premis.

Gambar Aktiviti