Tarikh : 5 Mei 2021

Hari : Rabu

Masa :  3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi :  PIK Taman Rishah Permai, Buntong

Peserta :  2 orang

Tujuan : Memberikan pendedahan membuat flyers dan poster menggunakan Microsoft Word kepada ahli komuniti yang terlibat.

Aktiviti : Pada kelas kali ini, ahli komuniti telah mempelajari cara untuk membuat flyers dan poster perniagaan menggunakan Microsft Word. Petugas meminta ahli untuk cuba menyiapkan sendiri satu poster.

Gambar Aktiviti

 

Tarikh : 2 Mei 2021

Hari : Sabtu

Masa :  3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi :  PIK Taman Rishah Permai, Buntong

Peserta :  1 orang

Tujuan : Memberikan asas Microsoft Word kepada ahli komuniti yang terlibat.

Aktiviti : Untuk memudahkan ahli komuniti, petugas telah membantu dan mengajar asas microsoft word kepadanya dengan memilih beberapa asas yang ingin diketahui kerana ahli komuniti ingin menyiapkan kerja sekolahnya dalam masa yang terhad.

Gambar Aktiviti

 

Tarikh : 20 April 2021

Hari : Selasa

Masa :  10.00 pagi -12.00 t/hari

Lokasi :  Secara Online (Google Meet)

Peserta :  4 orang

Tujuan : Memberi pendedahan kepada ahli komuniti tentang video yang boleh dibuat menggunakan Canva.

Aktiviti : Kelas ini berlangsung selama dua jam menggunakan Google Meet. Ahli komuniti melihat dan mempelajari bagai mana untuk menggunakan Canva untuk membuat video.

Gambar Aktiviti

Tarikh : 2 Mei 2021

Hari : Sabtu

Masa :  9.00 pagi -11.00 pagi

Lokasi :  Secara Online (Whatsapp)

Peserta :  1 orang

Tujuan : Memberi pendedahan kepada ahli komuniti cara untuk menguruskan aplikasi whatsapp dan cara memindahkan gambar.

Aktiviti : Ahli komuniti mempunyai masalah penggunaan whatsappnya dan ingin memindahkan semua media gambarnya ke pendrive. Petugas membantu dengan memberikan turutan langkah yang perlu diikuti. Ahli berjaya memindahkan gambar-gambarnya.

Gambar Aktiviti

Tarikh : 19 April 2021

Hari : Isnin

Masa :  8.00 pagi - 9.00 pagi

Lokasi :  Secara Online (Whatsapp)

Peserta :  1 orang

Tujuan : Sambungan kelas asas penggunaan Microsoft Excel dan memberi fokus kepada fungsi Find and Replace bahagian 2.

Aktiviti : Ahli telah berjaya menggunakan fungsi tersebut di dalam excel. Kelas kali ini di minta oleh ahli kerana telah mendapat tugasan lain dari majikannya berkaitan excel. Ahli berjaya mempelajari dan menyiapkan tugasannya.

Gambar Aktiviti