Nama: Muhammad Zulaqimie Bin Zulkefli

Umur: 17 Tahun

Ahli: 2018

Latar Belakang 

Adik Zulaqimie berumur 17 tahun dan bersekolah di SMK Sungai Pari Ipoh dan merupakan ahli aktif di Pusat Internet Taman Rishah Permai, Buntong. Hampir 2 tahun lebih menjadi ahli aktif di Pusat Internet Taman Rishah Permai, Buntong pencapaian prestasinya dalam penggunaan ICT sangat baik. Ini kerana adik Zulaqimie sangat rajin menghadiri kelas dan aktiviti yang dijalankan pada setiap minggu bersama rakannnya dan dia juga seorang pelajar yang suka bertanya. Bukan itu sahaja, Adik Zulaqimie juga meminta bantuan dari petugas PI untuk mengadakan kelas-kelas pembelajaran seperti E-Learning supaya dapat meningkatkan lagi tahap pengetahuannya dalam pembelajaran. Setiap minggu adik Zulaqimie akan meminta petugas membuat tayangan video Bahasa Inggeris bagi meningkatkan pengetahuannya dalam penggunaan Bahasa Inggeris. Selain itu juga, dia mendapatkan bantuan daripada petugas untuk membantu mereka mencari maklumat tentang tugasan sekolah yang diperlukan.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Adik Zulaqimie bukanlah seorang yang celik ICT sebelum mendaftarkan dirinya sebagai ahli PI Taman Rishah Permai, Buntong.Tahap ICT sangat lemah dan memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada petugas. Hanya disekolah sahaja adik Zulaqimie dapat menggunakan fasiliti seperti komputer dan Microsoft Office, tetapi agak terhad kerana disekolah tidak mempunyai kelengkapan yang cukup untuk semua pelajar. PI merupakan salah satu medium yang terbaik buat pelajar-pelajar seperti adik Zulaqimie kerana mereka dapat menggunakan kemudahan yang disediakan dengan penuh manfaat. Sebelum ini adik Zulaqimie banyak menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah misalnya melepak bersama rakan-rakan selepas habis sekolah dan bermain game . PI telah merangka dan melaksanakan pertandingan “Reward Attendence” kepada ahli yang menyertai aktiviti/ kelas yang dijalankan di Pusat Internet. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sentiasa mendapat sambutan yang sangat baik daripada mereka terutamanya adik Zulaqimie kerana setiap aktiviti yang disertai akan memperoleh point untuk dikumpulkan sehingga akhir bulan. Dan ganjaran akan diberikan kepada pengguna yang mempunyai point yang tertinggi.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Penglibatannya sebagai ahli PI sangat aktif. Adik Zulaqimie tidak ketinggalan untuk menyertai setiap aktiviti yang dijalankan. Ini kerana dia dapat mempelajari banyak perkara dan ilmu baru. Dia akan mengajak rakan-rakannya yang lain untuk menyertai kelas-kelas yang dijalankan. Kini tahap kemahiran ICT semakin meningkat. Adik Zulaqimie boleh menggunakan aplikasi microsoft office dengan baik antaranya menulis surat, membuat risalah dan poster, dan bermacam-macam lagi. Dia juga sangat rajin membuat latihan untuk meningkatkan pengetahuan ICT, misalnya mempraktikkan kembali apa yang telah dibelajar didalam kelas. Sikapnya yang suka belajar menjadi contoh kepada pelajar-pelajar yang lain.

     

Adik Zulaqimie