Usahawan Part-time Tutor

Nama: Nor Solehah Binti Abdul Hamed

Umur: 29 Tahun

Ahli: 2016

Latar Belakang 

Semakin ramai ibu bapa percaya bahawa tuisyen adalah satu medium berkesan untuk membantu anak-anak mereka cemerlang dalam bidang akademik. Tuisyen telah menjadi satu keperluan yang penting bagi para pelajar untuk lebih maju dalam bidang akademik. Sehubungan dengan itu, peningkatan dalam permintaan tutor tuisyen sebenarnya seiring dengan peningkatan pelajar di sekolah dan hal ini sebenarnya memberi peluang kepada lebih ramai lagi tutor-tutor diluar sana untuk menceburi bidang yang mempunyai potensi besar ini. Selain itu, terlalu ramai pelajar dalam sesebuah kelas menyebabkan agak sukar bagi guru-guru memberi tumpuan yang spesifik bagi setiap pelajarnya. Terdapat banyak kelebihan apabila menjadi seorang tutor antaranya ialah membantu dalam mengasah kemahiran komunikasi, meningkatkan kesabaran dan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan. Kebiasaanya tutor akan mengajar seorang pelajar dan tidak lebih daripada lima orang supaya hasil pembelajaran yang diajar berkualiti dan pelajar dapat memahami dengan jelas apa yang dipelajari. Seorang tutor perlu memillih subjek yang ingin diajar terlebih dahulu agar memudahkan sesi pembelajaran dan lebih berkeyakinan. Seorang tutor perlu teliti dalam membuat rujukan dan semakan buku terkini untuk mengingati semula apa yang telah dipelajari. Walaupun hari ini, terdapat pelbagai kemudahan yang selesa dari segi bilik darjah, guru-guru lebih mahir, dan juga alat seperti bahan bercetak, hakikatnya bahawa terdapat lebih banyak tekanan keatas bahu para pelajar. Inilah sebabnya ibu bapa memerlukan khidmat tutor untuk membantu dan memberi tunjuk ajar kepada anak mereka.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum bekerja sebagai petugas PI, Cik Solehah membuka Home Tuisyen sendiri di rumah dan mengajar pelajar yang tinggal berdekatan dirumahnya. Semasa mengajar tuisyen dari rumah secara sepenuh masa, banyak masa dihabiskan dengan mencari bahan-bahan rujukan bagi membantu dalam sesi pembelajaran dan meningkatkan ilmu pengetahuannya untuk mengajar. Tambahan pula, dsebabkan kekangan masa dan sibuk dengan urusan lain, masa untuk mencari bahan-bahan ilmiah sangat terbatas. Ini memberi kesukaran kepada beliau sebagai pendidik untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan matapelajaran yang diajar. Bukan itu sahaja, bahan bantu mengajar seperti contoh soalan peperiksaan dan soalan-soalan latihan tidak dapat diberikan kepada pelajar kerana terhad. Disebabkan kekangan masa untuk ke kedai buku, memberikan kesukaran kepada beliau sebagai guru untuk membantu pelajar-pelajarnya meningkatkan prestasi pencapaian mereka dalam peperiksaan.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas menjadi petugas PI, Cik Solehah hanya memberikan perkhidmatan tutor secara part-time sahaja. Masa yang diambil untuk mengajar adalah pada waktu malam iaitu dari jam 8.00 pm hingga 10.00 pm supaya tidak menganggu masa bekerja di PI. Apabila menjadi petugas PI, Cik Solehah mempunyai masa untuk mencari bahan bantuan mengajar secara atas talian dan mengunakan perkhidmatan PI dengan sebaik mungkin untuk mencetak dan fotokopi soalan-soalan peperiksaan. Cik Solehah tidak perlu pergi ke kedai Fotokopi dan printer untuk mencetak bahan mengajar dan ini memudahkan serta menjimatkan masa Cik Solehah. Pi juga memperkenalkan pembelajaran secara E-Learning dan cara ini dapat digunakan oleh Cik Solehah untuk mengajar pelajar-pelajarnya sebagai salah satu kaedah pembelajaran yang baru. Kebanyakan pelajar dan ibu bapa sangat tertarik dengan kaedah E-Learning yang dijalankan dengan menggunakan aplikasi Kahoot terutamanya. Pelajar tidak bosan dan dapat memberikan fokus yang baik didalam kelas serta prestasi pembelajaran mereka semakin meningkat kerana mereka berasa seronok untuk belajar.

     

Cik Solehah