Usahawan Part Time Freelancer Grafik Design

Nama: Jeiprahasama Anthony

Umur: 42 Tahun

Ahli: 2019

Latar Belakang 

Encik Jeiprahasama bertugas sebagai Pengurus Kesihatan dan Keselamatan secara sepenuh masa. Minatnya dalam rekaan grafik mendorongnya untuk berjinak-jinak sebagai freelance secara separuh masa. Beliau menyertai pelbagai kursus bagi meningkatkan kemahirannya editingnya. Baru-baru ini beliau turut serta dalam kursus pemasaran mempelajari membuat laman website bagi mengiklankan poster-poster yang dihasilkan. Bidang rekaan grafik di Malaysia sebenarnya tidak asing lagi kerana kebanyakkan syarikat telah menggunakan khidmat pereka gragik dalam menghasilkan bahan pemasaran dan juga penjenamaan mereka. Tugas dan fungsi seseorang pereka grafik itu luar kerana semua rekaan pastinya melalui proses penghasilnya. Pereka grafik akan bertanggungjawab dalam kelancaran perjalanan proses rekaan mengikut kehendak pelanggan mereka.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Bagi menarik perhatian pelanggan untuk mengupahnya membuat rekaan bagi poster atau iklan-iklan untuk produk mereka, Encik Jeiprahasama mempelajari selok belok pemasaran dengan menyertai kursus-kursus yang dianjurkan oleh beberapa persatuan Usahawan. Sebelum menyertai kursus beliau mempelajari selok belok rekaan grafik sendiri dengan menonton youtube. Encik Jeiprahasama banyak menyertai kursus-kursus berkaitan keusahawan kerana beliau masih kurang mahir dalam bidang tersebut. Bidang ICT merupakan kepakaran beliau dalam menjalankan perniagaan. Beliau yakin mampu menguruskan diri dalam bidang ICT tetapi kemahiran beliau dalam pemasaran agak lemah. Oleh itu, beliau banyak menyertai kursus-kursus berkaitan keusahawanan. walaupun masih tidak mempunyai kesempatan untuk menghadiri kelas-kelas yang dijalankan di Pusat Internet, beliau sering mendapatkan bantuan daripada petugas misalnya bertukar-tukar pandangan tentang latihan keusahawanan yang boleh dihadiri.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Media Sosial dalam perniagaan sangat penting pada masa sekarang. Ini kerana produk-produk yang dipromosikan melalui media sosial dapat meningkatkan jualan secara serta merta. Encik Jeiprahasama menggunakan teknologi sepenuhnya dalam perniagaannya untuk menghasilkan design bagi produk pelanggannya. Beliau perlu menggunakan pelbagai jenis Software antaranya Adobe Photoshotp dan banyak lagi. Kepakaranya dalam bidang ICT membantu beliau dalam perniagaan freeelance antara kemahirannya ialah merekacipta design-design yang menarik, menggunakan pelbagai aplikasi software, mahir dalam facebook Ads dan Instagram dan lain-lain lagi. Walaupun baru mendaftarkan diri sebagai ahli Pusat Internet Taman Rishah Permai kerana kekangan masa, Encik Jeiprahasama dan petugas sering bertukar pandangan dan petugas akan memberikan bantuan sekiranya diperlukan. Pusat Internet menunggu masa yang sesuai untuk Encik Jeiprahasama hadir ke Pusat Internet bagi berkongsi pengalaman dan selok belok perniagaan yang diceburi beliau.

     

Encik Jeiprahasama