Usahawan Perniagaan Tanaman Hidroponik

Nama: Lamsah Binti Ibrahim

Umur: 55 Tahun

Ahli: 2019

Latar Belakang 

Hidroponik ialah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon kedalam air baja tanpa menggunakan tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain mengantikan tanah. Penanaman secara hidroponik dilakukan oleh individu sebagai hobi dan juga penjualan secara komersil. Tujuan Puan Lamsah menyertai seminar Hidroponik yang dijalankan di Pusat Internet Taman Rishah Permai, Buntong pada September lalu adalah bertujuan untuk menjalankan perniagaan tanaman secara hidroponik. Pada pandangan beliau, tanaman hidroponik dapat memberikan keuntungan kepada beliau kerana tanaman hidroponik ini tidak memerlukan baja dan hanya perlu menetapkan kuantiti air yang betul. Tambahan pula, beliau tidak mempunyai tanah yang luas dan hanya bercadang untuk menanam dikawasa sekitar rumahnya kerana tanaman ini tidak memerlukan tanah sebagai medium utama. Bukan itu sahaja, tanaman ini boleh dimakan keseluruhannya kerana akarnya bebas dari kotoran dan bakteria berpenyakit. Antara lainnya ialah tanaman ini susah untuk mendapatkan penyakit atau rosak kerana ianya tidak berada didalam tanah dan pengusaha yang menjalankan perniagaan ini tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk tugasa menyiram atau membaja.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Puan Lamsah adalah seorang guru dan sekarang sudah bersara. Fokus utamanya ialah untuk menjalankan tanaman Hidroponik disekitar kawasan rumahnya bagi mengisi masa terluang. Bukan itu sahaja, tujuan utama beliau menyertai seminar Hidroponik ialah untuk meningkatkan pengetahuannya dalam perniagaan Hidroponik. Pada pandangan beliau, tanaman hidroponik semakin mendapat permintaan tinggi kerana sayur-sayuran yang dihasilkan adalah organik dan tidak mempunyai bahan kimia. Kos penanaman sayur-sayuran tidaklah begitu tinggi dan tidak memerlukan modal yang banyak. Sebelum menyertai kursus, beliau cuba menanam sayur-sayuran hijau seperti Sawi dan bayam. Tanaman yang ditanam menunjukkan hasil yang baik dan menaikkan semangat puan Lamsah untuk menjalankan perniagaan sayuran Hidroponik secara kecil-kecilan.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas menyertai kursus seminar hidroponik di PI beliau turut meminta tunjuk ajar daripada petugas untuk membantu beliau membuat Facebook bagi memudahkan urusan beliau untuk mendapatkan maklumat kursus-kursus hidroponik di media sosial. Bukan itu sahaja, beliau turut mempelajari bagaimana untuk mencari maklumat-maklumat tentang tanaman hidroponik di internet misalnya video-video berkaitan tanaman hidroponik. Buat masa ini beliau ingin fokus untuk tanamannya dan setelah dikomersilkan dan mendapat permintaan ramai, beliau bercadang untuk menyertai kelas Asas Microsoft Office untuk mempelajari asas membuat perbelanjaan dan pendapatan bagi perniagaannya.

     

Puan Lamsah