Nama: Muhammad Danish Iqbal

Umur: 15 Tahun

Ahli: 2019

Latar Belakang 

Adik Iqbal berumur 15 tahun dan bersekolah di SMK Sungai Pari Ipoh dan merupakan ahli aktif di Pusat Internet Taman Rishah Permai, Buntong. Pencapaian prestasinya dalam penggunaan ICT sangat baik kerana adik Iqbal sangat rajin menghadiri kelas dan aktiviti yang dijalankan pada setiap minggu dan dia juga seorang pelajar yang suka bertanya. Bukan itu sahaja, Adik Iqbal juga meminta bantuan dari petugas PI untuk mengadakan kelas-kelas pembelajaran seperti E-Learning supaya dapat meningkatkan lagi tahap pengetahuannya dalam pembelajaran. Selain itu juga, dia mendapatkan bantuan daripada petugas untuk membantu mereka mencari maklumat tentang tugasan sekolah yang diperlukan.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Adik Iqbal bukanlah seorang yang celik ICT sebelum mendaftarkan dirinya sebagai Ahli PI Taman Rishah Permai, Buntong.Tahap ICT sangat lemah dan memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada petugas. PI merupakan salah satu medium yang terbaik buat pelajar-pelajar seperti adik Iqbal kerana mereka dapat menggunakan kemudahan yang disediakan dengan penuh manfaat. Sebelum ini adik Iqbal banyak menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah misalnya melepak bersama rakan-rakan selepas habis sekolah dan bermain game . PI telah merangka dan melaksanakan pertandingan “Reward Attendence” kepada ahli yang menyertai aktiviti/ kelas yang dijalankan di Pusat Internet. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sentiasa mendapat sambutan yang sangat baik daripada mereka terutamanya adik Iqbal kerana setiap aktiviti yang disertai akan memperoleh point untuk dikumpulkan sehingga akhir bulan. Dan ganjaran akan diberikan kepada pengguna yang mempunyai point yang tertinggi.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Penglibatannya sebagai ahli PI sangat aktif. Adik Iqbal tidak ketinggalan untuk menyertai setiap aktiviti yang dijalankan. Ini kerana dia dapat mempelajari banyak perkara dan ilmu baru. Dia akan mengajak rakan-rakannya yang lain untuk menyertai kelas-kelas yang dijalankan. Kini tahap kemahiran ICT semakin meningkat. Adik Iqbal boleh menggunakan aplikasi microsoft office dengan baik antaranya menulis surat, membuat risalah dan poster, dan bermacam-macam lagi. Dia juga sangat rajin membuat latihan untuk meningkatkan pengetahuan ICT, misalnya mempraktikkan kembali apa yang telah dibelajar didalam kelas. Sikapnya yang suka belajar menjadi contoh kepada pelajar-pelajar yang lain.

     

Adik Iqbal