Usahawan Perniagaan Biskut Semperit

Nama: Ainul Sharina Binti Ahmad Tajuddin

Umur: 34 Tahun

Ahli: 2016

Latar Belakang 

Puan Ainul bekerja sebagai kerani Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menjalankan perniagaannya secara separuh masa untuk mencari pendapatan sampingan. Beliau memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan terlebih dahulu kepada rakan-rakan ditempat kerja, kenalan rapat dan saudara-mara. Oleh itu beliau bercadang untuk membuka satu perniagaan berdasarkan minatnya yang mendalam dalam bidang membuat pastri dan kek. Beliau memilih perniagaan menjual biskut semperit dan aneka jenis biskut boleh dihasilkan atas permintaan rakan-rakannya. Perniagaan yang dijalankan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakan-rakan serta keluarga. Setiap kali pihak jabatan menjalankan jamuan atau majlis-majlis, rakan-rakan beliau akan membuat tempahan biskut semperit sebagai kudapan dimajlis yang dijalankan. Apabila tiba musim perayaan, terutamanya Hari Raya, beliau mendapat tempahan yang sangat menggalakkan daripada rakan-rakan serta saudara mara terdekat. Pendapatan yang diperoleh semasa musim perayaan hampir mencecah RM2000.00.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI1M

Pemasaran produk perniagaannya di Media sosial agak kurang kerana Puan Ainul lebih berfokus kepada perniagaan secara offline dimana beliau mempromosikan produk-produknya kepada rakan-rakan dan saudara maranya terlebih dahulu. Sekiranya rakan-rakan berpuas hati dengan kualiti produk yang dihasilkan barulah Puan Ainul akan mempromosikan perniagaannya dimedia sosial. Walaupun tidak mempromosikan produknya dimedia sosial, Puan Ainul sangat berpuas hati dengan pencapaian yang diperolehnya kerana beliau merasakan sambutan yang diterima terhadap produk-produknya sangat menggalakkan. Rakan-rakannya banyak membantunya mempromosikan produk-produknya di pejabat mereka dan secara tidak langsung rakan-rakannya menjadi medium pemasaran terhadap perniagaannya. Puan Ainul tidak berterusan untuk memasarkan perniagaannya secara Offline dan akan bercadang untuk mempromosikan di Media sosial seperti Facebook dan Instagram. Beliau telah membuka satu akaun Facebook bagi memudahkan urusan jual beli dijalankan.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI1

Kini perniagaan Puan Ainul bukan tertumpu pada offline sahaja tetapi termasuk jugak perniagaan secara atas talian. Lebih banyak tempahan diterima apabila beliau mempromosikan perniagaanya di Facebook dan menyertai “group-group perniagaan “. Beliau juga sangat tertarik dengan latihan keusahawan yang diadakan pada setiap bulan kepada belia, usahawan, dan wanita khususnya. Latihan keusahawan membantu para usahawan untuk meningkatkan lagi produktivi pemasaran mereka. Akan datang beliau akan mempelajari cara-cara membuat blog di Pusat Internet Taman Rishah Permai. Bukan itu sahaja, petugas akan membantu beliau bagaimana untuk menangkap gambar produk dengan cantik menggunakan teknik-teknik yang betul. Puan Ainul sangat berminat dengan kelas-kelas yang akan dijalankan dan akan menghadari kelas tersebut bagi meningkatkan lagi kemahiran beliau. Walaupun masih tidak mempunyai kesempatan untuk menghadiri kelas-kelas yang dijalankan beliau sering mendapatkan bantuan daripada petugas misalnya mempelajari cara-cara membuat Facebook dan Instagram.Sekarang beliau sudah mahir dalam mengendalikan akaun facebook dan instagram dalam mempromosikan produk.

     

Puan Ainul