Nama: Janithaashini A/P Thiagu

Umur: 11 Tahun

Ahli: 2017

Latar Belakang 

Adik Janitashini berumur 11 dan bersekolah di SK Convent Ipoh merupakan ahli aktif di Pusat Internet Taman Rishah Permai, Buntong. Adik Janitashini merupakan anak bongsu dalam keluarganya, semua ahli keluarganya termasuk abang dan kakaknya adalah ahli aktif PI. Pencapaian prestasinya dalam penggunaan ICT sangat baik. Ini kerana adik Janitashini sangat rajin menghadiri kelas dan aktiviti yang dijalankan pada setiap minggu dan dia juga seorang pelajar yang suka bertanya. Bukan itu sahaja, Janitashini juga meminta bantuan dari petugas PIM untuk mengadakan kelas-kelas pembelajaran seperti E-Learning supaya dapat meningkatkan lagi tahap pengetahuannya dalam pembelajaran. Hampir setiap minggu dia dan adik-beradiknya akan mengikuti kelas yang dijalankan bagi meningkatkan kemahiran mereka. Selain itu juga, dia mendapatkan bantuan daripada petugas untuk membantu mereka mencari maklumat tentang tugasan sekolah yang diperlukan.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Adik Janitashini bukanlah seorang yang celik ICT sebelum mendaftarkan dirinya sebagai Ahli PIM Taman Rishah Permai, Buntong. Tahap ICT sangat lemah dan memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada petugas. Oleh itu, PIM merupakan salah satu medium yang terbaik buat pelajar-pelajar seperti Adik Janitashini kerana mereka dapat menggunakan kemudahan yang disediakan dengan penuh manfaat. Adik Janitashini tidak dapat pendedahan sepenuhnya dalam bidang ICT kerana disekolah tidak mempunyai masa yang cukup untuk dia mempelajari asas-asas komputer seperti Microsoft Office, Pengenalan kepada Internet, Perkakasan Komputer dan lain-lain lagi. Oleh itu, PIM telah merangka dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang boleh disertai oleh pelajar-pelajar setempat dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sentiasa mendapat sambutan yang sangat baik daripada mereka terutamanya Adik Janitashini.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas menjadi ahli PIM, manfaat yang diperoleh oleh Adik Janitashini ialah dia dapat belajar secara atas talian seperti menonton video-video ilmiah, mencari nota-nota ringkas untuk menambahkan ilmu pengetahuan serta mudah fokus dalam pelajarannya.Adik Janitashini boleh menggunakan aplikasi microsoft office dengan baik antaranya menulis surat, membuat risalah dan poster, dan bermacam-macam lagi. Dia juga sangat rajin membuat latihan untuk meningkatkan pengetahuan ICT, misalnya mempraktikkan kembali apa yang telah dibelajar didalam kelas. Sekiranya ada kerja khusus yang perlu disiapkan, Adik Janitashini akan datang ke PIM untuk meminta tunjuk ajar dan pandangan daripada petugas. Sikapnya yang suka belajar menjadi contoh kepada pelajar-pelajar yang lain. Bukan itu sahaja, beliau kini sedar tentang panduan keselamatan semasa melayari internet atau perlu “Klik Dengan Bijak” dimana maklumat-maklumat peribadi tentang dirinya tidak dikongsikan secara terbuka kepada orang yang tidak dikenali. Hanya perkara-perkara yang dirasakan sesuai sahaja dia kongsikan kepada kenalan-kenalan di media sosialnya.

     

Adik Janitashini