Usahawan Perniagaan Emas Korea 24K

Nama: Nur Ain Shahzuanie

Umur: 25 Tahun

Ahli: 2018

Latar Belakang 

Cik Ain sangat berminat dengan perniagaan Emas Korea 24k. Ia adalah barangan kemas yang permukaannya mempunyai lapisan emas bergantung kepada ketebalan saduran. Emas sadur tidak mempunyai nilai namun ianya amat bernilai sebagai aksesori wanita, tambahan lagi buat masa sekarang harga emas tulen sangat mahal. Walaupun emas kora 24k tidak seperti emas tulen tetapi ia tetap diminati oleh wanita kerana harganya yang lebih berpatutan dan seakan-akan sama seperti Emas tulen. Pelanggan memilih emas korea 24k kerana ianya jauh lebih selamat apabila dipakai dan tiada risiko untuk kes kecurian atau rompakan. Cik Ain memilih untuk menjalankan perniagaan Emas Korea 24k kerana terdapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan khususnya wanita. Berbanding emas saduran yang lain, Emas Korea lebih tahan kualitinya berbanding emas-emas sadur yang lain. Cik Ain turut menyediakan perkhidamatan sadur semula emas apabila emas tersebut sudah luntur. Antara aksesori yang diniagakan oleh Cik Ain ialah gelang, cincin, rantai, dan banyak lagi. Cik Ain turut memberikan tips kepada pelangga apabila membeli dan memakai emas Korea 24k untuk memastikan emas tersebut tahan lebih lama. Antara tips yang diberikan ialah tidak memakai semasa melakukan kerja-kerja pencucian seperti membasuh pinggan atau kain. Ini kerana apabila aksesori tersebut terkena pada bahan peluntur cucian ia cepat menghakis saduran emas tersebut.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Cik Ain tiada masalah dalam penggunaan ICT kerana beliau sangat mahir dalam jualan secara atas talian. Perniagaan yang dilakukan sekarang lebih berfokus secara atas talian. Cik Ain memasarkan perniagaan di medium sosial seperti Shopee dan Lazada. Walaupun mahir dalam penggunaan ICT, tetapi beliau pernah ditipu oleh pelanggan atau lebih dikenali sebagai “scammer” . Kes seperti ini biasa berlaku dalam kalangan perniaga online dan pada masa tersebut, Cik Ain masih baru dalam perniagaan online dan percaya sepenuhnya kepada pelanggannya. Beliau tidak membuat semakan bayaran transaksi daripada pelanggan dan percaya dengan maklumat pembayaran daripada mesej yang diterima oleh pelanggan sahaja. Walaupun barang yang dibeli oleh scammer tersebut tidak terlalu mahal, tetapi ia tetap merugikan Cik Ain yang baru memulakan perniagaan. Bermula daripada perkara tersebut Cik Ain akan mula berhati-hati dan memastikan setiap transaksi bayaran daripada pelanggan berjaya masuk ke akaunnya.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas berdaftar menjadi ahli Pusat Internet Taman Rishah Permai Cik Ain sangat tertarik dengan latihan keusahawan yang diadakan pada setiap bulan kepada belia, usahawan, dan wanita khususnya. Latihan keusahawan membantu para usahawan untuk meningkatkan lagi produktivi pemasaran mereka. Bagi membantu mempromosikan produk-produknya, PI membenarkan beliau untuk meletakkan beberapa aksesori seperti gelang, cincin, rantai dan sebagainya bagi tujuan tarikan kepada ahli-ahli PI yang hadir. Kebanyakan ahli-ahli PI yang hadir berminat dengan aksesori yang dijual oleh Cik Ain kerana harganya yang sangat berpatutan. Akan datang beliau akan mempelajari cara-cara membuat blog di Pusat Internet Taman Rishah Permai. Bukan itu sahaja, petugas akan membantu beliau bagaimana untuk menangkap gambar produk dengan cantik menggunakan teknik-teknik yang betul. Beliau sangat berminat dengan kelas-kelas yang akan dijalankan dan akan menghadari kelas tersebut bagi meningkatkan lagi kemahiran beliau. Beliau juga merupakan ahli aktif PI dan setiap hari akan hadir ke PI untuk mengemaskini laman Shopee dan Lazada atau menggunakan perkhidmatan mencetak.

     

Cik Ain