Usahawan Perniagaan Tanaman Hidroponik

Nama: Ragu A/L Jakaran

Umur: 28 Tahun

Ahli: 2019

Latar Belakang 

Hidroponik ialah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon kedalam air baja tanpa menggunakan tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain mengantikan tanah. Penanaman secara hidroponik dilakukan oleh individu sebagai hobi dan juga penjualan secara komersil. Tujuan Encik Ragu menyertai seminar Hidroponik yang dijalankan di Pusat Internet Taman Rishah Permai, Buntong pada November lalu adalah bertujuan untuk menjalankan perniagaan tanaman secara hidroponik. Pada pandangan beliau, tanaman hidroponik dapat memberikan keuntungan kepada beliau kerana tanaman hidroponik ini tidak memerlukan baja dan hanya perlu menetapkan kuantiti air yang betul. Tambahan pula, beliau tidak mempunyai tanah yang luas dan hanya bercadang untuk menanam dikawasa sekitar rumahnya kerana tanaman ini tidak memerlukan tanah sebagai medium utama. Bukan itu sahaja, tanaman ini boleh dimakan keseluruhannya kerana akarnya bebas dari kotoran dan bakteria berpenyakit. Antara lainnya ialah tanaman ini susah untuk mendapatkan penyakit atau rosak kerana ianya tidak berada didalam tanah dan pengusaha yang menjalankan perniagaan ini tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk tugasan menyiram atau membaja.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Penggunaan ICT memainkan peranan yang sangat penting pada masa kini untuk memasarkan Produk. Walaupun perniagaan ini tidak memerlukan kemahiran ICT tetapi ianya memerlukan bahan rujukan daripada internet untuk tujuan rujukan dan testimoni daripada perniaga-perniaga yang sudah menjalankan perniagaan ini. Secara tidak langsung Encik Ragu perlu tahu serba sedikit tentang ICT untuk menjalankan perniagaan ini. Beliau mendapatkan bantuan rakannya untuk membantunya mencari kursus-kursus yang boleh disertai di media sosial kerana beliau tidak mahir dalam penggunaan teknologi.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas menyertai kursus seminar hidroponik di PI beliau turut meminta tunjuk ajar daripada petugas untuk membantu beliau membuat Facebook bagi memudahkan urusan beliau untuk mendapatkan maklumat kursus-kursus hidroponik di media sosial. Bukan itu sahaja, beliau turut mempelajari bagaimana untuk mencari maklumat-maklumat tentang tanaman hidroponik di internet misalnya video-video berkaitan tanaman hidroponik. Buat masa ini beliau ingin fokus untuk tanamannya dan setelah dikomersilkan dan mendapat permintaan ramai, beliau bercadang untuk menyertai kelas Asas Microsoft Office untuk mempelajari asas membuat perbelanjaan dan pendapatan bagi perniagaannya.

     

Encik Ragu