Usahawan Pastri dan Kek

Nama: Nor Azhana Binti Azhar

Umur: 28 Tahun

Ahli: 2018

Latar Belakang 

Nor Azhana Binti Azhar. Berumur 28 tahun. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Seorang yang bercita-cita tinggi untuk menjadi usahawan muda yang berjaya dalam bidang pastri dan kek. Minatnya yang begitu mendalam dalam pembuatan pastri dan kek mendorongnya beliau untuk mengikuti beberapa kursus antaranya ialah Latihan Pembentukan Usawahan anjuran Mara dan Kursus “Baking di Oven Of Love”. Walaupun sibuk menguruskan Syarikat bapa mertuanya “Pelita Ideal Sdn Bhd”, beliau tidak pernah mengabaikan cita-citanya dan meneruskan perniagaan sampingannya dirumah dengan menerima tempahan dalam pembuatan kek untuk majlis harijadi, perkahwinan dan lain-lain lagi.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI1M

 

Pemasaran produk yang dihasilkan hanya bergantung kepada jualan secara offline sahaja dimana Puan Azhana hanya menerima tempahan daripada saudara-mara dan rakan-rakan sahaja. Penggunaan internet dalam memasarkan produknya masih berada di tahap minimum disebabkan kekurangan kemahiran dalam penggunaan media sosial. Tempahan yang diterima tidak memberangsangkan dan Puan Azhana mempergiatkan usaha untuk memasarkan produk-produknya secara atas talian. Dengan sokongan suami dan anak-anaknya beliau berusaha untuk meningkatkan pendapatan jualan keknya. Beliau tahu bahawa promosi di media sosial dapat membantu jualanya meningkat naik. Tambahan pula, penggunaan media sosial tidak mengenakan sebarang caj tambahan melainkan penggunaan internet sahaja. Beliau bernekad untuk membuat akuan media sosial bagi membantu peningkatan jualannya.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI1

 

Puan Azhana semakain maju dalam penggunaan Media Sosial dalam memasarkan produknya. Beliau kini mempunyai Facebook pages dan Instagram sebagai medium mempromosikan produknya. Dengan adanya akaun-akuan media sosial jualannya semakin bertambah dan mendapat sambutan dari orang luar khususnya sekitar kawasan Ipoh dan tidak terhad kepada rakan-rakan dan ahli keluarga sahaja. Akan datang beliau akan mempelajari cara-cara membuat blog di Pusat Internet 1Malaysia Taman Rishah Permai dan petugas juga akan memperkenalkan kepada beliau salah satu portal untuk memasarkan produk yang dikenali sebagai Myshop. Bukan itu sahaja, petugas akan membantu beliau bagaimana untuk menangkap gambar produk dengan cantik menggunakan teknik-teknik yang betul. Puan Azhana sangat berminat dengan kelas-kelas yang akan dijalankan dan akan menghadari kelas tersebut bagi meningkatkan lagi kemahiran beliau. Walaupun masih tidak mempunyai kesempatan untuk menghadiri kelas-kelas yang dijalankan beliau sering mendapatkan bantuan daripada petugas misalnya mempelajari cara-cara membuat Facebook Pages dan Instagram. Kebiasaannya medium belajar bersama petugas  Pi1m adalah secara atas talian sahaja. Ini kerana, beliau perlu menguruskan perniagaan bapa mertuanya dan tidak mempunyai kenderaan untuk datang ke PI1M. 

     

ZANA3