Usahawan Perkhidmatan Sewa Khemah

Nama: Mugilan A/P Krishnan

Umur : 39

Ahli: 2017

Latar Belakang

Encik Mugilan merupakan seorang usahawan tempatan sepenuh masa. Beliau menjalankan perniagaan perkhidmatan sewaan kanopi, khemah, meja, kerusi, dan lain-lain lagi. Semasa musim perayaan atau terutamanya musim cuti persekolahan, perniagaannya mendapat keuntungan berlipat kali ganda kerana setiap minggu ada sahaja permintaan tempahan daripada pelanggan untuk menyewa khemah bagi majlis seperti kenduri kahwin, bertunang dan pelbagai lagi. Bukan itu sahaja, bagi acara-acara yang terdapat di shoping Mall, misalnya Festival Makanan Thailand yang diadakan di Aeon Mall Falim, turut menggunakan perkhidmatannya.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI1M

Sebelum berdaftar menjadi ahli di Pusat Internet 1Malaysia Taman Rishah Permai, Buntong. Encik Mugilan selalu berkungjung ke Cyber Cafe untuk menyiapkan laporan kewangannya dan menggunakan perkhidmatan printing dan fotokopi. Bukan itu sahaja, beliau turut mencari bahan-bahan pembelajaran seperti latihan, bahan rujukan untuk anak-anaknya yang masih bersekolah. Pendapat beliau, bayaran bagi perkhidmatan yang digunakan oleh beliau sangat mahal dan harganya tidak berpatutan. Beliau berkungjung ke Cyber Cafe sebelum ini kerana tidak tahu perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia. Selain itu juga, laporan kewangan yang disediakan oleh Encik Mugilan tidak sistematik dan kemas. Kebanyakan laporannya masih bertulis tangan kerana kurang mahir menggunakan Microsoft Office untuk menaip laporan-laporannya.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI1M

Encik Mugilan mengetahui tentang Pusat Internet 1Malaysia Taman Rishah Permai Buntong adalah daripada jirannya, kemudian beliau terus mendaftarkan diri menjadi ahli PI1M Taman Rishah Permai, Buntong. Penglibatannya di PI1M sangat aktif dan beliau turut mendaftarkan tiga orang anaknya untuk menyertai kelas-kelas yang dijalankan.

Bukan itu sahaja, beliau turut menyertai segala pertandingan Dashboard Komuniti yang dijalankan antaranya, Kuiz Dashboard Komuniti, Game Durian Runtuh dan Boink Challenge, membuat pemeriksaan kesihatan dan banyak lagi. Kini Laporan Kewangan beliau semakin sistematik dan kemas. Beliau kini semakin mahir dalam penggunaan Microsoft Office dan dapat menyiapkan segala kerjanya dengan cepat. Anak-anak beliau sangat rajin menyertai kelas yang dijalankan serta menggunakan kemudahan yang terdapat di PI1M dengan baik. Mereka mencari bahan-bahan latihan dan rujukan untuk pembelajaran mereka di sekolah.

 

     IMG 1691